Premier League Tidak Restui Permintaan Pochettino Untuk Kecilkan Saiz Wembley

Permintaan pengurus Spurs, Mauricio Pochettino untuk mengecilkan saiz padang Wembley mendapat bantahan daripada pihak Premier League.

Spurs akan menjadikan Wembley sebagai rumah mereka pada awal musim hadapan sementara menunggu stadium baru mereka siap. Pochettino sudah memberikan saiz keluasan padang yang dikehendaki beliau.

Saiz padang yang sama dengan White Hart Lane adalah jauh lebih kecil daripada Wembley yang memang dikenali dengan saiz padang luas.

Salah satu sebab Spurs ingin berbuat demikian kerana mereka mahu memanfaatkan saiz yang kecil di bahagian sisi untuk menolak pemain bek ofensif mereka dengan lebih cepat.

Beberapa penganalisis bola sepak berpendapat, keagalan aksi Spurs di UCL musim lalu adalah kerana kesukaran mereka untuk mengadaptasi saiz Wembley yang luas.

Pada 2015, Premier League menetapkan regulasi padang mestilah 100m X 68m. Ada beberapa stadium diberikan pengecualian seperti Stamford Bridge, Goodison Park, White Hart Lane dan Anfield.

Ini kerana 3 padang tersebut tidak dapat ditambah lagi saiznya kerana sudah terlalu maksimum berdekatan tempat duduk penyokong.

Saiz Wembley sekarang adalah 105m x 69m. Jadi, Spurs meminta untuk mengurangkan saiz padang Wembley kepada saiz White Hart Lane, 100m x 67m.

Jadi, kerana saiz Wembley yang lebih besar dari saiz standard EPL, pihak Premier League menghalang Spurs mengecilkan saiz padang tersebut lebih kecil daripada spesifikasi 100m x 68m.

Sebagai tambahan, saiz padang baru Stadium Spurs juga akan dipantau rapi oleh Premier League supaya ia menepati spesifikasi.

Ia mungkin akan menjadi cabaran terbesar untuk Spurs musim hadapan untuk mengulangi kecemerlangan mereka pada musim lalu. Spurs menamatkan Liga di tangga kedua pada musim 2016/17.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram