Pochettino Kritik Pengurusan Tertinggi Kerana Setuju Dengan Dokumentari Amazon

Ini bukannya pertama kali Pochettino mengkiritik secara terbuka bos-bos beliau. Antara isu sebelum ini ketika Pochettino menyatakan tugas beliau tak ubah daripada sekadar hanya ketua jurulatih dan bukannya pengurus.

Ketika itu Pochettino bengang kerana tidak diberikan kuasa dalah menentukan jual beli pemain.

Semalam, dalam sidang media sempena perlawanan hujung minggu ini, beliau mempersoalkan tindakan pengurusan tertinggi yang menerima tawaran daripada Amazon untuk menerbitkan dokumentari All Or Nothing – seperti mana yang dilakukan Manchester City sebelum ini.

Amazon akan diberikan akses untuk memasang kamera dan juga memasuki bilik persalinan Spurs bagi merakamkan dokumentari perjalanan Spurs sepanjang musim ini.

“Apabila kelab mencapai kesepakatan dengan Amazon, dah tentu kami [pemain dan jurulatih] sangat risau.”

Pochettino kemudian menyatakan beliau tidak selesa kerana ruang privasi beliau kini sudah diceroboh.

“Ianya tidak mudah, memang tidak mudah sama sekali. Ianya sangat sukar apabila ada kamera dipasang di penjuru pejabat anda.”

“Dan kemudian, bagaimana kamu nak kendalikan keadaan, ketika kamu tidak ada mood [nak mengamuk] dan kamu teringat kamera ada di situ merakamkan kamu.”

“Ianya rumit. Ada banyak lagi perkara lain yang membuatkan kami jadi bimbang.”

“Sebelum ini kami sangat sibu. Dan sekarang dengan adanya semua benda macam ini, kami menjadi ‘super’ sibuk. Untuk merancang setiap hari, semua perkara, bukannya tugas mudah.”

“Inilah sebabnya dahulu saya pernah beritahu kamu semua bahawa saya tidak rasa saya adalah pengurus. Saya sekarang hanyalah jurulatih. Dan sekarang saya menjadi seorang produser.”

“Jadi pengurus, juraltih dan kemudian produser.”

Menurut Pochettino lagi beliau juga risau dokumentari itu akan terus menghantui pemain mereka terutama sekali selepas detik mereka kalah 7-2 di tangan Bayern akan difilemkan.

Walaubagaimanapun, Pochettino berharap dokumentari itu akan berakhir dengan pengakhiran yang gembira bukannya duka.

Adakah Amazon akan menyertakan sekali sidang media ini di dalam dokumentari mereka? Ini kerana sidang media ini adalah bersempena dengan perlawanan menentang Liverpool yang merupakan perlawanan besar.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram