Pochettino: Bukan Salah Kami, Sebaliknya Salah Orang Yang Tekan Butang VAR

Mauricio Pochettino simpati dengan nasib Watford yang dianggapnya agak malang. Ini kerana pasukan tersebut telah dipermainkan oleh VAR.

Spurs mendapat gol penyamaan lewat perlawanan. Paparan skrin oleh VAR menyatakan ‘Tidak Gol’. Namun pengadil menerima kenyataan yang berbeza menerusi alat komunikasi mereka.

Watford mendahului 0-1 di Stadium Tottenham, selepas Abdoulaye Doucoure meletakkan pasukannya di hadapan seawal minit ke-6.

Watford kemudian ada meminta penalti selepas Gerard Deulofeu dibentes oleh Jan Vertonghen, namun tidak diendahkan oleh pengadil.

Tidak lama daripada insiden itu, Spur menyamakan kedudukan menerusi Dele Alli.

Alli mengambil kesempatan daripada keadaan pergelutan antara Ben Foster dan Kiko Femenia.

VAR digunakan untuk memeriksa sama ada gol itu sah selepas pemain Watford mendakwa bola terkena tangan Alli terlebih dahulu.

VAR menunjukkan hasil pemeriksaan mereka di skrin besar bertulis ‘No Goal’. Namun papan skor pula berubah kepada 1-1.

Para pemain dan penyokong turut keliru dengan keputusan yang sebenar. Pengadil menyatakan bahawa beliau menerima maklumbalas daripada alat komunikasi bahawa itu adalah gol.

VAR turut meminta maaf di atas apa yang berlaku selepas tamat perlawanan. Mereka berjanji perkara seumpama itu tak akan berulang lagi.

Pochettino menyatakan keyakinannya bahawa gol itu bersih dan sah. Ini kerana menurut Pochettino, bola itu terkena bahu Delle Alli bukannya tangan.

Pochettino menyatakan kontroversi itu tiada kaitan dengan Spurs.

“Kami tiada kaitan dengan kontroversi itu. Ianya masalah pihak Premier League. Bukan kami yang mengendalikan perkar itu.”

“Namun saya faham, ada sedikit kekeliruan berlaku dan sukar untuk Quique [Sanchez Flores] menerimanya, kerana beliau beranggapan itu tidak gol.”

“Tottenham tidak bertanggungjawab di atas perkara itu, dan sudah tentunya orang yang menjaga butang itu pun manusia biasa macam kita juga, dan beliau mungkin melakukan kesilapan dengan menekan butang yang salah. Semua orang ada buat salah.”

“Paling penting apabila mereka memeriksa kembali gol itu, ianya sah gol. Ianya terkena bahu Alli dan saya anggap gol itu bersih. Namun saya faham kekecewaaan Watford, para pemain mereka. Saya pun tumpang kesedihan dengan mereka.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram