Pochettino: “Menerima Tawaran Barca Ibarat Pergi Ke Arsenal Dari Spurs”

Pochettino sebelum ini berkata beliau berbangga dengan rumors bahawa ada tawaran Barca ke atas beliau.

Ada juga mempertikaikan kesetiaan beliau kepada Espanyol. Pochettino satu ketika dahulu di lengan beliau adalah darah Espanyol.

Namun yang menjadi kontroversi apabila beliau dilihat makan malam bersama Presiden Barca, Josep Maria Bartomeu di sebuah bar di Barcelona.

Ianya berlaku pada cuti minggu antarabangsa Selasa lalu. Ramai membuat spekulasi bahawa Pochettino adalah antara calon yang akan menggantikan Luis Enrique.

Menjelang perlawanan EPL pada hujung minggu ini, Pochettino ditanya wartawan tentang rumors dan pertemuan tersebut. Mauricio Pochettino berkata:

“Saya penyokong Espanyol, jadi tak perlu saya jelaskan panjang lebar.”

“Ianya seperti ini, sebagai contoh suatu hari nanti, Daniel Levy memecat saya. Mustahil untuk saya menguruskan pasukan Arsenal selepas itu.”

“Saya tahu dalam bola sepak memang susah untuk setia, tetapi untuk orang macam saya, kesetiaan dan kejujuran itu lebih utama sebelum saya menerima tawaran menjadi pemain ataupun pengurus.”

“Saya penyokong Espanyol dan saya sangat sayangkan Espanyol. Mustahil untuk saya ke Barcelona.”

“Sekarang saya di Tottenham, mustahil untuk saya pergi ke Arsenal suatu hari nanti.”

Ditanya, apakah tujuan pertemuan beliau dengan Josep Maria Bartome? Pochettino menjawab:

“Ianya satu kebetulan. Kami terserempak di satu bar di Barcelona, Selasa lalu. Kami menyapa antara satu sama lain dan kami bersembang hanya 5 minit. Itulah realiti hari itu.”

Pochettino memang selalu balik ke Barcelona. Ini kerana beliau memiliki rumah di sana.

Baca juga: VIDEO: Zidane Mengajar Skuad Brazil Cara Bermain Bola Sepak Sebenar Pada 2006

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN