9 Pasukan Sertai Playoff Selangor Champions League 2017, Rebut 4 Slot Terakhir

Pada 19 Julai 2017 lepas, pihak penganjur Selangor Champions League 2017 atau SCL2017 telah mengumumkan senarai pasukan-pasukan yang berjaya ke pusingan playoffs.

Sebanyak 4 slot terakhir telah diperuntukkan kepada juara-juara pusingan playoffs dan hanya pasukan terbaik sahaja yang akan layak untuk bermain di dalam SCL2017.

Sebanyak 9 pasukan telah terpilih untuk bermain di pusingan playoff yang akan berlangsung pada awal bulan Ogos nanti. Pasukan-pasukan yang terpilih adalah berdasarkan pencapaian setiap pasukan sepanjang musim 2016 dan 2017.

Format Playoffs

Pasukan-pasukan yang terpilih akan diundi dan dibahagikan kepada tiga (3) kumpulan yang berbeza.

Pasukan yang berjaya meraih mata tertinggi sepanjang perlawanan playoff akan melayakkan diri ke SCL2017. Tahniah diucapkan kepada pasukan-pasukan yang telah berjaya ke pusingan playoffs SCL2017.

Pasukan-pasukan yang telah berjaya melayakkan diri ke pusingan playoffs adalah:

  • SA United (KV Super League Shah Alam)
  • PIB FC (KV Super League Shah Alam)
  • SKJ SC (Gaucho RF League)
  • Condoh FC (KD Premier League)
  • AZS FC (KV League Cyberjaya)
  • FC Serayan (JES League)
  • Qharma (KV League Gombak Div 1)
  • ZXiV (KV League Damansara) dan
  • Rasta Tigers (Garden Social League)

Maklumat lanjut mengenai playoffs SCL2017 akan dimaklumkan dari seemasa ke semasa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN