Playoff Liga M3 2020: Klasiko FC Tak Sangka Lakar Kejutan Ke Atas CCCP FC

Juara Shah Alam Amateur League, Klasiko FC seperti seakan tidak percaya mereka mampu meraih kemenangan selesa 4-0 ke atas juara Liga Super Kuala Lumpur, CCCP FC pada pusingan pertama play off kelayakan ke Liga M3.

Bukan sahaja menjadi pasukan meraih kemenangan terbesar di pusingan awal namun keputusan itu dianggap mengejutkan memandangkan pasukan lawan dibarisi ramai bekas pemain Kuala Lumpur yang bersaing di pentas Liga Super musim ini.

Jelas pemilik Klasiko FC, Khairil Anuar, mereka pada mulanya hanya mahu memberikan saingan kepada lawan selepas mengetahui senarai pemain yang menguatkan CCCP FC sepanjang pusingan kelayakan ini.

“Kami sememangnya tidak menjangka mampu meraih kemenangan sebesar ini kerana pada mulanya kami hanya yakin boleh beri saingan kerana menghormati lawan yang mempunyai pemain-pemain dari Liga Super.

“Semua pemain bermain seperti biasa yang kami arahkan dan mereka tampilkan aksi terbaik yang mereka pernah ada, jadi kemenangan ini saya anggap sebagai simbol kemenangan kepada pasukan-pasukan amatur.

“Harap kemenangan ini akan menjadi pemangkin semangat kepada kami untuk melangkah lebih jauh iaitu sekurang-kurangnya ke perlawanan akhir.

“Selepas ini, kami akan lalui satu lagi ujian sukar iaitu bertemu KSR Sains yang nampak ada kualiti tersendiri selepas menundukkan satu lagi lawan yang kuat iaitu Kuatagh FC, dengan kemenangan besar 4-1,” katanya.

Klasiko FC memecah kebuntuan menerusi Amir Safuan pada minit-26 diikuti Jamil Garba pada m-35 untuk meletakkan Klasiko mendahului 2-0 sebelum berakhir babak pertama.

Sebaik empat minit separuh masa kedua bermula, Ammar Annuwar menambah jaringan ketiga buat Klasiko sebelum Jamil Garba sekali lagi meledak gol kedua peribadi pada m-82 untuk kemenangan mutlak 4-0 milik Klasiko.

Dalam pada itu, penolong jurulatih CCCP FC, Mohd Ivan Yusoff mengakui sebahagian besar pemain CCCP FC berdepan sedikit masalah kecergasan ekoran kebanyakan bekas pemain Liga Super yang dipanggil sudah lama tidak menjalani latihan selepas musim Liga Malaysia berakhir.

Justeru, perkara itu memberikan kesan keseluruhan kepada persembahan CCCP FC yang gagal memberikan banyak ancaman terutama di separuh masa kedua.

“Kalau ikut perlawanan malam ini (semalam), atas kertas sebenarnya kita boleh menang tetapi dalam bola sepak, apa-apa boleh berlaku dan kita tidak boleh jangka bila berdepan pasukan dari liga sosial ini.

“Kebanyakan pemain ini memang sudah berehat sepenuhnya sebaik musim dah berakhir dan dipanggil saat akhir untuk membantu pasukan, jadi perkara itu sememangnya beri kesan serba sedikit kepada persembahan pasukan.

“Kekalahan 4-0 ini memang sukar untuk kita terima namun selamat maju jaya kepada Klasiko untuk di pusingan seterusnya, “ katanya.

Antara bekas pemain Kuala Lumpur yang turun memperkuatkan CCCP FC ialah Zaiful Abdul Hakim, Syazwan Syahlan, Hardee Shamsuri, Naim Nazmi Zainudin dan Arif Anwar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN