PKPB: Kerajaan Benar Padang Bola Sepak Dan Futsal Dibuka Semula

Kerjasama Semuanya BOLA

Liga-M Ismail Sabri

Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan kebenaran menganjurkan aktiviti di padang bola sepak komersial dan pusat futsal bermula 19 Oktober 2020 ini. Ini susulan rintihan pengurus operasi padang bola sepak dan gelanggang futsal yang mengeluh berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 12 Oktober lepas.

Dalam pengumuman pada 12 Oktober tersebut, kerajaan menguatkuasakan PKPB di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 hingga 27 Oktober.

Bagaimanapun dalam Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) petang tadi, Ismail turut mengingatkan walaupun aktiviti di padang bola sepak dan gelanggang futsal dibenar dibuka semula, ia hanya bagi tujuan latihan sahaja dan terhad kepada 10 orang peserta pada satu-satu masa. Tatacara pengendalian piawai (SOP) selanjutnya akan diumumkan oleh Kementeria Belia dan Sukan dalam masa terdekat.

Kerajaan turut bersetuju untuk membenarkan gimnasium beroperasi seperti biasa dengan SOP ketat.

Ini merupakan perkembangan yang setidak-tidaknya melegakan sebahagian pemain industri sukan yang sebelum ini bimbang dengan kesan PKPB kali kedua kepada perniagaan mereka.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

‘Kerana PKPB Kami Yang Pertama Ditutup, Yang Terakhir Dibuka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram