Pahang Kembali Menang! Tewaskan PKNS FC 3-1 Di Shah Alam

Perlawanan PKNS FC VS Pahang di Stadium Shah Alam dilangsungkan dengan Pahang terpaksa melakukan pertukaran minit akhir apabila Syamim Yahya memperoleh kecederaan ketika sesi memanaskan badan dan beliau digantikan dengan Ashari Shamsuddin.

Perlawanan bermula dengan tempo pantas terutamanya Pahang yang mahukan gol awal. Mereka menggunakan taktikal tekanan tinggi untuk menekan PKNS FC.

Fauzan Dzulkifli menerima kad kuning selepas terpaksa menjatuhkan Matheus Alves yang berlari menuju ke pintu gol PKNS FC. Sepakan percuma diberikan dari jarak 25 meter.

Namun sepakan percuma itu melepasi palang gol.

Percubaan PKNS FC dari Affizie Faisal Mamat berjaya memberikan bahaya buat Pahang namun rembatan beliau membias kepada pemain Pahang tetapi tiada sepakan penjuru diberikan.

Percubaan Alves dari luar kotak penalti leret namun ia tidak menepati sasaran.

Tempo perlawanan semakin menurun dengan apabila kedua-dua pasukan mula beraksi dengan rentak perlahan.

Nazrin Syamsul Bahri hampir menjaringkan gol menerusi sepakan penjuru dari luar kotak penalti, namun bola itu ditepis oleh Wan Azraie.

PKNS FC cuba menjaringkan gol menerusi Fabio Ferreira apabila rembatan beliau dari jarak 25 meter tetapi rembatan beliau terus ke dakapan Azraie.

Percubaan Mahmadou Sumareh dari luar kotak penalti hanya sia-sia apabila rembatannya melayang dari pintu gol.

HAMPIR! Pahang hampir saja dibolosi namun mujur Heo Jea-Won ada untuk menolak bola keluar dari kawasan penalti Pahang.

GOL! Sumareh menjaringkan gol pertama Pahang pada minit ke-36 apabila beliau menolak bola hasil tampanan Zamir Selamat selepas menyelamatkan rembatan dari Alves.

Gerakan menarik Ferreira dengan Ronaldinho berakhir dengan rembatan Ferreira melayang dari sasaran gol.

Sayang sekali! Ferreira sekali lagi mempunyai peluang untuk menjaringkan gol di masa kecederaan apabila berjaya menggunakan kesukaran dari Azraie, namun rembatan beliau melambung tinggi.

Voli dari Ashari Shamsudin dari luar kotak penalti melambung tinggi. Hasil dari percubaan itu, permainan terus dihabiskan untuk tamat separuh masa.

Separuh masa kedua

Separuh masa kedua bermula dengan tiada sebarang pertukaran dilakukan oleh kedua-dua pasukan.

Tempo perlawanan diantara kedua-dua pasukan hampir sama dengan separuh masa pertama.

PKNS FC kerap kali cuba untuk melakukan percubaan ke pertahanan Pahang, namun penyudah itu tidak ada untuk mereka.

GOL! Alves menjaringkang gol kedua untuk Pahang selepas berjaya melepasi pertahanan selepas menerima hantaran Ashari. Beliau cuma menolak bola itu mudah ke dalam pintu gol.

PKNS FC cuba mencari gol menerusi Alif Haikal namun rembatan beliau mudah didakap oleh Azraie.

GOL! Gol ketiga Pahang terhasil sekali lagi menerusi Alves apabila beliau menolak mudah bola hasil tampanan Zamir yang menyelamatkan percubaan Sumareh.

Alves yang tidak dikawal dengan mudahnya menolak bola itu ke dalam gol.

Jika perlawanan ini berterusan dengan tempo sebegini yang agak perlahan, boleh dikatakan 3 mata sudah menjadi milik Pahang dengan berbaki 18 minit perlawanan.

Gambar: Pahang FA

HAMPIR! Zubir Azmi hampir saja menjaringkan gol namun percubaan beliau singgah di sisi jaring gol PKNS FC sahaja.

HAMPIR LAGI! Alves hampir berjaya menjaringkan hatrik apabila berjaya melepasi bahagian kanan PKNS FC, namun rembatan kaki kiri beliau dengan mudah ditolak oleh Zamir.

Sayang sekali! Khyrill Muhymeen mempunyai peluang terbaik untuk menjaringkan gol akan tetapi rembatan beliau mudah terus ke dakapan Azraie.

Zamir dikenakan kad kuning oleh pengadil apabila beliau menjatuhkan Sumareh di luar kotak penalti. Beliau terselamat dari terkena kad merah!

GOL! Akhirnya PKNS FC berjaya menjaringkan gol menerusi Alif Haikal selepas menerima tolakan dari Khyrill untuk merapatkan jurang kepada 2 gol sahaja berbaki kepada 10 minit permainan.

Shahrul Azhar hampir memberikan gol kedua PKNS FC namun rembatan beliau lemah dan terus ke Azraie.

Rembatan Patrick Ronaldinho terbias kepada pertahanan Pahang dan terus ke Azraie.

TERLEPAS! Ronaldinho berjaya lepas dari kawalan pertahanan Pahang namun rembatannya tersasar dari pintu gol di masa kecederaan.

Secara keseluruhannya, PKNS FC merupakan pasukan yang mempunyai lebih banyak percubaan berbanding Pahang.

Namun begitu, Pahang merupakan pasukan yang lebih berkualiti apabila mereka mengambil semua peluang yang ada untuk menjaringkan 3 gol untuk membawa pulang 3 mata.

Keputusan akhir, PKNS FC 1-3 Pahang

Kesebelasan utama

PKNS FC: Zamir Selamat (penjaga gol), Park Kwang-Il, Azmi Muslim, P. Rajes, Nazrin Syamsul Bahri (Alif Haikal), Abdou Jammeh, Fauzan Dzulkifli (ketua pasukan), M. Sivakumar, Affizie Faisal Mamat (Khyrill Muhymeen), Fabio Ferreira (Shahrul Azhar), Patrick Ronaldinho

Pahang: Wan Azraie (penjaga gol), Saiful Nizam Miswan (ketua pasukan), Heo Jea-Won, Afif Amiruddin, Zubir Azmi, Wan Zaharulnizam, Ashari Shamsudin (Nurridzuan Abu Hassan), Mahmadou Sumareh (Christie Jayaseelan), Azam Azih (Salamon Raj), Matheus Alves

Pegawai perlawanan

  • Pengadil: Khairul Azuan Kidam
  • Pembantu pengadil 1: Nojiey Anak Naking
  • Pembantu pengadil 2: Abdul Harun Osman
  • Pengadil ke-4: Shukri Harun

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN