PKNS FC Sudah Nyatakan Persetujuan Jadi ‘Feeder Club’

PKNS FC dilaporkan sudah bersetuju untuk menjadi ‘feeder club’ atau pun pasukan simpanan kepada Selangor pada musim hadapan.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Dr. Johan Kamal Hamidon ketika bercakap kepada Astro Arena pada hari ini.

Sebelum ini FAS dilaporkan hanya menunggu lampu hijau daripada PKNS FC sebelum penggabungan antara Selangor dan PKNS FC menjadi kenyataan dan Semut Merah akan menjadi ‘feeder club’ kepada Gergasi Merah pada musim hadapan.

Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon yang dipetik berkata menerusi Sinar Harian, perkara tersebut telah dipersetujui oleh 47 ahli gabungan yang hadir pada mesyuarat Kongres Luar Biasa FAS yang berlangsung di Shah Alam pada September lalu.

? @zulhelmizainalazam :-
.

“PKNS FC sudah bersetuju jadi ‘feeder club’ Selangor”, Dr Johan Kamal Hamidon, Setiausaha Agung FAS. Ikuti Nadi Arena.

Posted by Astro Arena on Monday, November 4, 2019

Berdasarkan perkembangan terkini, pihak pengurusan PKNS FC dipercayai sudah menyerahkan surat persetujuan kepada badan penganjur Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL).

Jika direalisasikan, ini bermakna PKNS FC akan dijenamakan semula dan bakal beraksi di saingan Liga Premier mulai musim hadapan.

Idea penggabungan kedua-dua entiti bola sepak di negeri Selangor ini sebenarnya bukanlah perkara baharu. Malah ia pernah disebut sejak dari 2016 lagi.

Namun kali ini, usaha tersebut tampak seperti akan menjadi kenyataan dan perlu menunggu beberapa proses sahaja lagi untuk direalisasikan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram