PKNS FC Bakal Jadi Pasukan Kedua Liga Malaysia Peroleh Lesen Kelab AFC

Kerjasama Semuanya BOLA

Pasukan yang berpengkalan di Lembah Klang, PKNS FC kini dalam langkah terbaik untuk memperoleh lesen kelab AFC – lapor Bernama.

Menurut Presiden PKNS FC, Siti Zubaidah Abdul Jabar kelab tersebut perlu menyelesaikan beberapa perkara untuk mendapatkan lesen kelab AFC yang setakat ini hanya dimiliki oleh pasukan JDT di dalam saingan Liga Malaysia ini.

Yakin

Usaha yang dilakukan oleh PKNS FC itu telah pun diterima dengan baik oleh pihak FMLLP dan juga FAM.

Menurut CEO FMLLP, mereka telah pun melawat fasaliti kelab dengan meninjau akademi PKNS di Kelana Jaya dan merasakan mereka dalam posisi terbaik untuk mendapatkan lesen kelab AFC.

Namun begitu, PKNS masih perlu menyiapkan beberapa dokumen sebelum dihantar kepada pihak AFC.

Antaranya adalah prosedur operasi standard (SOP) kelab, carta organisasi akademi PKNS FC merupakan dokumen yang masih lagi sedang disiapkan.

Setakat ini, PKNS FC telah memenuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh pihak AFC seperti status kewangan yang kukuh, penajaan, pengurusan liga dan juga hak penyiaran.

Namun PKNS FC masih terdapat perkara yang perlu diselesaikan antara mengenai pemilikan stadium sendiri.

Terdahulu, PKNS FC bercadang untuk membina stadium sendiri sebagai salah satu langkah untuk tidak lagi menghuni Stadium Shah Alam.

Gambar: Kamarul Akhir/Asiana

Antara lokasi yang menjadi pilihan adalah di sekitar Shah Alam sendiri, Ijok dan juga Bernam Jaya.

Menurut Zubaidah, wakil daripada pihak AFC bakal melakukan lawatan ke PKNS FC selepas kesemua dokumen telah dihantar.

Semoga urusan PKNS FC ini berjalan lancar dan berjaya mendapatkan lesen kelab AFC secepat yang boleh!

Edit: Sehingga kini, kesemua pasukan Liga Malaysia dalam proses untuk mendapatkan perlesenan kelab dari pihak FAM menjelang September 2017.

Perkara tersebut merupakan syarat untuk bermain di Liga Malaysia 2018 iaitu pasukan dilesenkan oleh pihak FAM.

Untuk pengetahuan, lesen yang dikeluarkan oleh pihak FAM mempunyai taraf yang sama dengan lesen yang dikeluarkan oleh AFC.

Jadi jika pasukan tersebut mempunyai lesen FAM, mereka sudah boleh beraksi di kejohanan AFC tanpa sebarang masalah.

Baca juga: PKNS FC Rancang Bina Stadium Sendiri, 3 Lokasi Jadi Pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply