Previu MSL 2017: PKNS FC Hajat 5 Teratas Dan Tawan Lembah Klang

PKNS FC antara kelab yang terkenal di Malaysia selain daripada pasukan FA negeri.

Cita-cita besar mereka musim ini adalah untuk menjadi pasukan terbaik dari Lembah Klang. Mereka juga mengariskan hasrat untuk berada dalam kelompok 5 terbaik.

Pasukan ini mengiringi pasukan Melaka sebagai pendatang baru dalam kancah bola sepak tertinggi di negara kita musim ini.

Menariknya mereka memintas JDTII pada minggu-minggu terakhir kempen Liga Premier pada musim lalu untuk layak secara merit ke MSL 2017.

Kalau tidak mereka pastinya menanti status JDTII sama ada ingin bermain di Liga Super ataupun kekal di Liga Premier.

Persiapan

Mereka memulakan persiapan yang lengkap di atas padang. Namun di luar padang mereka terpaksa berdepan dengan krisis status kelab mereka.

Pada awalnya, FAS mahu menggabungkan PKNS FC dengan Selangor FA untuk mengurangkan kos operasi oleh FAS. Namun ia mendapat tentangan meluas dari semua pihak.

PKNS FC akhirnya mengekalkan hak mereka sebagai pasukan sendiri dan bukannya digabungkan dengan pasukan Selangor FA.

Mereka disertai ramai muka baru yang sudah ada nama dalam bola sepak Malaysia. Antaranya sudah pastilah bekas penyerang Selangor dan JDT iaitu Safee Sali.

Pemain lain yang menyertai mereka musim ini termasuk Zamir Selamat, Khyril Muhymeen, Amiridzwan Taj, Affizee Mamat, K. Gurusamy dan Bobby Gonzalez.

Cabaran 2017

Pasukan ini hadir dengan status under dog dengan cita-cita besar. Mereka mahu membuktikan kenapa mereka perlu lebih dihormati terutama di Lembah Klang.

Mana tidaknya, sejarah pasukan ini hampir calar kerana idea penggabungan oleh FAS sebelum ini. Pasukan yang pernah menjadi tempat berkarier oleh lagenda bola sepak Malaysia, arwah Mokhtar Dahari.

Keutamaan untuk PKNS sudah pastilah untuk membentuk pasukan yang lebih mantap daripada musim lalu.

Buat masa ini, mereka berhadapan dengan cabaran kehilangan antara duo terbaik dalam bola sepak Malaysia musim lalu iaitu Juan Manuel Cobelli dan Gabriel Guerra.

Gandingan Safee Sali dan Patrick Wleh pastinya ditagih untuk mengisi kekosongan itu. Patrick Wleh memang telah terbukti boleh bermain dalam mana-mana sistem di dalam liga kita.

Jadi, secara teknikal mereka ada pemain yang baik. Namun untuk membentuk gandingan yang berkesan di kesemua bahagian adalah perkara yang harus dilakukan secepat mungkin.

Isu peak

Meskipun mereka menadatangani ramai pemain yang boleh dikatakan bintang. Namun isu yang jelas adalah peak pemain-pemain tersebut.

Bobby Gonzalez dan Khyril Muhymeen kehilangan bola sepak terbaik mereka sejak beberapa musim yang lalu. Agak ramai pemain yang hilang aksi terbaik mereka sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Ia adalah cabaran Elavarasan untuk mencari formula mendapatkan yang terbaik dari mereka. Anda pasti masih ingat kempen Felda United dengan Shukor Adan musim lalu?

Ia adalah kerana sistem yang betul untuk pemain yang mungkin sudah tidak selincah dahulu.

Selamat datang ke Liga Super Sang Semut Merah!

Berbekalkan tekad dan aspirasi dari semua pihak di dalam pasukan PKNS FC, mereka berpotensi meneruskan DNA mereka sebagai pasukan giant killer seperti yang biasa mereka lakukan sebelum ini.

Baca juga: Previu Piala Sumbangsih 2017: JDT Mahu Kekalkan Trofi, Kedah Sedia Merampas!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN