PKNP FC Siap Sedia Hadapi Tentangan Sengit Skuad Gergasi Merah

Menjelang aksi berdepan Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak KLFA Cheras, malam ini, skuad PKNP kendalian Abu Bakar Fadzim tekad lakar kejutan untuk memastikan 3 mata berharga dapat dibawa pulang.

Abu Bakar Fadzim berkata kepada Sinar Harian, beliau menjangkakan pasukannya akan berdepan tentangan sengit skuad Gergasi Merah itu yang pastinya mahu mempertahankan rekod cemerlang di gelanggang sendiri.

“Saya percaya Selangor akan bangkit kerana rekod cemerlang mereka di tempat sendiri.

“Oleh itu, pemain perlu cepat recover dengan jadual Mei yang sungguh padat selain terpaksa menempuh perjalanan jauh untuk perlawanan di tempat lawan mahu pun di gelanggang sendiri,” katanya.

Beliau juga berharap pemain yang disenaraikan dalam kesebelasan utama skuad PKNP malam ini dapat mempamerkan aksi terbaik.

“Saya harap walau siapa pun yang beraksi malam ini, kita akan memberikan. aksi terbaik untuk mencatatkan kejayaan,” katanya.

PKNP FC kini menghuni kedudukan ketujuh Liga Super dengan 10 mata selepas 8 perlawanan. Rabu lepas, mereka menewaskan Kelantan dengan jaringan 2-0. Kemenangan ke atas selangor malam ini mampu melonjakkan kedudukan mereka di tangga ke 5 atau 6 Liga Super.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram