PKNP FC Pertaruhkan Karl Max Dany Robek Gawang Gol Pahang

Menjelang aksi Liga Super menentang Pahang, Sabtu ini skuad PKNP FC bakal menurunkan penyerang import baharu bagi memastikan 3 mata penuh dapat diraih di halaman sendiri.

Pengendali skuad itu, Abu Bakar Fadzim mengesahkan pemain import dari Chad, Karl Max Dany berjaya mendapatkan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) semalam, sekali gus melengkapkan pertukaran pemain sebelum pintu perpindahan kedua ditutup Ahad ini.

Pada masa sama, beliau gembira kerana buat pertama kali kelab itu akan beraksi di ‘gelanggang sebenar’ apabila permohonan untuk kembali bermain di Stadium Perak mendapat kelulusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

WELCOME KARL MAX DANY TO PKNP FC !————————————-Karl Max Dany berusia 31 tahun berasal dari Chad. Kelab asal Nogoom El Mostakbal (Liga Mesir) beraksi di posisi penyerang. Lets welcome him !—#vamospknp🔶⚫️

Posted by PKNP FC on Wednesday, May 30, 2018

“Ia adalah dua petanda positif yang saya harap mampu membantu PKNP mencapai kemenangan ke atas Pahang Sabtu ini.

“Kehadiran Max dijangka dapat menyelesaikan masalah kami di barisan depan yang selama ini terlalu bergantung pada Eki (Shahrel Fikri Md Fauzi).

“Dia memiliki ciri-ciri penyerang saya mahukan, seorang yang pantas, lasak dan mampu menjaringkan gol. Setakat ini apa yang ditunjukkan dalam latihan sangat memuaskan hati.

“Saya harap ia dapat diterjemahkan dalam perlawanan dengan Pahang. Bagaimanapun kami tidak boleh memberi tekanan berlebihan ke atasnya kerana ini adalah perlawanan pertama,” katanya kepada Berita Harian.

Jurulatih itu juga berharap beraksi buat pertama kali di Stadium Perak musim ini akan membawa tuah kepada mereka.

“Sebelum ini PKNP terpaksa bermain di ‘gelanggang angkat’ di Batu Kawan, sedikit sebanyak tidak memberi keselesaan kepada kami. Malah daripada segi sokongan pun tidak ramai penyokong yang datang.

“Tapi, kini kami akan beraksi di gelanggang sebenar, saya harap penyokong lebih ramai sekali gus dapat menaikkan semangat pemain untuk memberi persembahan terbaik.

HOME PKNP FC 2018 ——- Sukacita dimaklumkan bahawa unifi LIGA SUPER PKNP FC 2018 akan mula beraksi di STADIUM…

Posted by PKNP FC on Tuesday, May 29, 2018

“Pahang berada dalam rentak terbaik sekarang selepas menang besar ke atas Kuala Lumpur. Ancaman akan datang daripada penyerang import – (Mohamadou) Sumareh, (Patrick) Cruz, (Austin) Amutu dan (Issey) Nakajima.

“Namun, saya berani bagi jaminan, PKNP akan memberi saingan sengit dengan tiga mata menjadi sasaran,” kata Abu Bakar yang bakal mempertaruhkan seorang lagi pemain import baharu, Kim Sang-woo bagi mengekang rangkaian penyerang Tok Gajah.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram