PKNP FC Ikat Pemain Dari Kemboja Dan Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC berjaya mendapatkan khidmat pemain skuad kebangsaan kemboja, Keo Sokpheng dan pemain dari Korea Selatan, Yeon Gi Sung bagi berdepan cabaran lebih besar apabila bersaing dalam Liga Super pada tahun depan.

Mereka menandatangani Yeon Gi Sung bagi mengisi tempat ditinggalkan penyerang import terdahulu dari negara itu, Kim Hyeon Woo yang berhijrah ke pasukan Terengganu.

Penolong jurulatih, Chan Wing Hoong berkata kepada Berita Harian, pemain dari Korea yang berusia 28 tahun itu adalah pilihan tepat untuk mengetuai jentera serangan kelab itu berdasarkan pengalamannya beraksi dalam Liga Korea, Thailand dan terakhir di Kemboja bersama kelab Phnom Penh Crown.

Malah, Wing Hoong menegaskan Gi Sung bukan pilihan ‘tangkap muat’ kerana pihaknya sudah mengikuti prestasi pemain itu sejak musim lalu.

“Sebenarnya sebelum mendapatkan Kim pada pertengahan musim ini, kami terlebih dulu menawarkan tempat kepada Gi Sung tapi ketika itu dia sudah menandatangani kontrak dengan kelab di Kemboja itu.

“Jadi, bila Kim menolak tawaran menyambung kontrak untuk menyertai Terengganu musim depan, kami terus menghubungi Gi Sung, ternyata dia bersetuju menyertai PKNP.

“Dia memiliki kriteria penyerang yang kami cari serta sesuai dengan corak permainan PKNP. Saya yakin kami sudah membuat pilihan yang tepat serta mampu mengisi tempat yang ditinggalkan Kim,” katanya.

Pemain berasal dari Suwon itu memulakan karier bersama kelab Gyeongnam FC yang beraksi dalam Liga Korea pada 2009 sebelum berkelana ke beberapa kelab Asia Tenggara seperti di Thailand, Myanmar dan Kemboja.

Name : Yeon GisungAge : 28Nationality : South KoreaPosition : ForwardFormer Club : Phnom Penh Crown

Posted by PKNP FC on Sunday, December 10, 2017

Sementara itu, PKNP FC turut menandatangani penyerang skuad kebangsaan Kemboja dari kelab Phnom Penh Crown FC untuk mengisi kuota pemain import dari Asean.

Difahamkan pemain tersebut mempunyai 32 caps dengan skuad kebangsaan kemboja dan telah menjaringkan 8 gol di peringkat antarabangsa.

https://www.facebook.com/MalaysiaXI17/photos/a.445310585543144.1073741827.436333186440884/1767099346697588/?type=3&theater

PKNP kini sudah mempunyai tiga pemain import apabila turut mengekalkan pemain pertahanan, Ritus Krjauklis dari Latvia.

“Kami masih meneliti beberapa calon untuk mengisi baki kuota pemain import. Kami tidak mahu terburu-buru bagi memastikan pemain dipilih kelak benar-benar dapat memberi impak kepada cabaran PKNP,” katanya.