Pirlo: Messi Pemain Hebat Tetapi Mungkin Dia Ada Masalah Psikologi

Pirlo Messi

Pengurus Juventus, Andrea Pirlo berpendapat bintang bola sepak dunia, Lionel Messi pada ketika ini sedang mengalami masalah psikologi susulan beberapa isu dalaman yang melanda dirinya dan Barcelona sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Bermula dengan keinginannya untuk melangkah pergi dari kelab yang disertai sejak dari tahun 2001 itu dan ketika ini Barcelona pula sekadar berada di tangga kesembilan saingan La Liga, tumpuan pastinya terarah kepada Messi.

Ia juga jelas terbukti apabila pemain berusia 33 tahun itu turut dipersalahkan berikutan kegagalan Antoine Griezmann untuk menyinar sebaik sahaja menyertai Barcelona pada musim 2019/20 sehingga membuatkan Messi mula berasa penat dengan tohmahan sering dilemparkan terhadapnya.

Enggan merendah-rendahkan kemampuan dan kualiti hebat bintang tersebut, Pirlo bagaimanapun melihat Messi kini sedang dihimpit masalah yang lebih besar di luar karier bola sepaknya.

”Messi kini berada di situasi istimewa dalam hidupnya, bukan dalam kariernya kerana dia menghadapi masalah pada musim panas lalu.”

”Ia berkaitan tentang adakah dia akan kekal di Barcelona atau tidak,” ujar Pirlo menurut laporan Goal.

”Tetapi ketika beraksi, dia sentiasa menunjukkan nilai tinggi yang dimilikinya. Lebih daripada bola sepak, dia mungkin mempunyai masalah psikologi.”

”Tetapi saya tidak mahu untuk mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut, kerana ia langsung tiada kaitan dengan kami [Juventus].”

”Messi adalah merupakan satu fenomena dan dia telah membuktikannya,” tambah Pirlo lagi.

Skuad bimbingan Pirlo itu akan berkunjung ke Nou Camp awal pagi nanti bagi menghadapi Lionel Messi dan rakan sepasukannya pada perlawanan terakhir Liga Juara-Juara Eropah yang menyaksikan kedua-dua pasukan sudah pun melayakkan diri ke peringkat 16.

Antara perkara menarik pada perlawanan ini pastinya ramai yang menantikan pertembungan di antara Messi dan seteru utamanya, Cristiano Ronaldo buat pertama kali selepas bintang Portugal itu meninggalkan Real Madrid, tiga musim lalu.

Kredit featured image: MacNicol/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Pirlo Messi:

Mula Dihujani Kritikan, Adakah Pirlo Tidak Cukup Layak Bimbing Juventus?

Barcelona Mungkin Tukar Nama Nou Camp Kepada ‘Stadium Leo Messi’

Lionel Messi: Saya Penat Sentiasa Jadi Masalah Buat Semua Orang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN