Pique Senada Dengan Valverde Tentang Masa Hadapan Coutinho, Namun Tiada Kuasa Untuk Menentu

Pengurus Barcelona, Ernesto Valverde menyuarakan keyakinan beliau bahawa Phillipe Coutinho akan kekal bersama dengan Barcelona.

Coutinho dikaitkan dengan beberapa pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau. Sebelum Copa America lalu, Coutinho memberitahu kelab bahawa beliau mahu pengurusan tertinggi Barcelona mempertimbangkan tawaran daripada kelab lain untuk beliau.

Isu harga menjadi masalah utama untuk menjual Coutinho. Namun beberapa minggu lalu Barcelona dilaporkan membuka pintu untuk pemain itu keluar secara pinjaman.

Ia telah menarik perhatian beberapa pasukan termasuk PSG, Arsenal dan juga Tottenham Hotspur.

Mauricio Pochettino antara pengurus yang ingin bekerjasama dengan Coutinho selepas bersama-sama ketika di Espanyol. Tetapi pemain itu dikatakan menolak untuk ke Spurs.

Valverde tidak menolak kemungkinan pemain itu akan pergi, kerana apa sahaja boleh berlaku dalam jendela perpindahan. Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan pra musim, Valverde berkata:

“Kami tidak dapat memberikan jaminan apa-apa tentang apa bakal berlaku. Namun begitu, Phillipe Coutinho adalah pemain yang kini bersama kami.”

https://twitter.com/SK_Football/status/1159310422039617536

“Beliau tidak bermain tetapi perancangan kami untuk beliau, kekal sama. Dan kita tunggu dan lihat sama ada beliau akan beraksi untuk berapa minit pada Sabtu akan datang.”

“Dalam jendela perpindahan kali ini, banyak perkara kita bincangkan.”

Gerard Pique antara pemain yang meluahkan perkara yang sama dengan Valverde. Pique menegaskan: “Saya tidak ada kuasa menentukan apa-apa, tetapi saya yakin Coutinho akan kekal bersama kami.”

“Saya mahu beliau kekal bersama kami. Namun kita harus menghormati apa sahaja kemahuan beliau, supaya beliau gembira.”

“Kita lihatlah apa yang akan berlaku pada hari terakhir jendela perpindahan sama ada Coutinho kekal atau tidak. Itu bukan keputusan saya, ianya di tangan kelab ataupun Phil.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN