Pintu Skuad Kebangsaan Tak Pernah Tertutup, Tegas Cheng Hoe

Skuad kebangsaan 2021 Tan Cheng Hoe

Perdebatan pemilihan pemain skuad kebangsaan menjadi hangat sejak beberapa hari ini dan Tan Cheng Hoe masih tenang menghadapi persoalan daripada penyokong.

Baginya, ini adalah perkara biasa, pemilihan pemain sentiasa menjadi topik hangat jika terdapat pemain-pemain yang penyokong rasakan mereka tidak layak untuk bersama skuad negara. Katanya, pintu skuad kebangsaan kendaliannya sentiasa terbuka.

“Sebenarnya kita bukan hanya senaraikan 25 pemain sahaja tetapi lebih lagi. Kalau ada pemain yang tidak menyerlah, kita boleh gantikan dengan pemain yang sudah berada dalam senarai,” jelas pengendali skuad negara itu kepada Berita Harian.

Mengenai pemilihannya, beliau merasakan yang pemain seperti Akhyar Rashid mampu membantu pasukan berdasarkan pengalamannya di pentas antarabangsa berbanding pemain-pemain lain. Pemilihan Akhyar Rashid sudah dinilai sebaiknya.

“Semua orang ada pandangan masing-masing, jadi sebagai jurulatih, kami sudah biasa dengan situasi itu. Tetapi saya pun tidak mahu membuat perbandingan kerana bagi saya, ini adalah pemain yang menepati beberapa kriteria ditetapkan.

“Bukan saya mahu katakan aksi Liga M tidak baik tetapi seperti mana yang kita tahu, aksi domestik dan aksi antarabangsa sememangnya jauh berbeza,” jelas Cheng Hoe.

“Syafiq dan Akhyar ada sedikit kelebihan daripada segi pengalaman antarabangsa kerana mereka pun sudah lama dengan skuad kebangsaan. Setiap jurulatih pun pasti mahukan keputusan yang positif. Pada saya, ini senarai pemain terbaik,” tegasnya.

Tindakan Cheng Hoe mendapat sokongan B. Satiananthan. Ujarnya, “Kalau muka baharu dipanggil tetapi mereka tidak dapat beri apa yang dimahukan Cheng Hoe, ini memberikan kesukaran kepadanya, tambahan lagi waktu persiapan yang singkat.

“Aksi antarabangsa dan aksi liga adalah satu pertandingan yang berbeza. Cheng Hoe mungkin memerlukan pemain yang dia boleh percaya untuk beraksi di bawah kendaliannya,” jelas bekas pengendali skuad kebangsaan itu lanjut mengenainya.

Sebagaimana yang Semuanya BOLA ulas sebelum ini, kita tidak perlu pertikaikan pemilihan Akhyar Rashid dalam skuad kebangsaan. Cheng Hoe tidak pernah mengabaikan pemain lain sebagaimana dilihat pada pemilihan Sam Somerville.

Ada penilaian yang telah dibuat olehnya berdasarkan potensi skuad kebangsaan untuk melayakkan diri sekurang-kurangnya ke Piala Asia 2023. Apa yang penting adalah Malaysia perlu melepasi saat genting ini sebelum pemain-pemain baharu disenaraikan.

Jadi, pintu skuad kebangsaan tidak pernah tertutup buat pemain lain tetapi pada saat ini, ada pertimbangan lain yang perlu difikirkan oleh Cheng Hoe terlebih dahulu.

Baca lagi artikel lain mengenai skuad kebangsaan:

Isu Pemilihan Pemain, Kenapa Perlu Pertikai Tan Cheng Hoe Pilih Akhyar?

‘Baik Panggil Khalid Ali’ – Penyokong Kecewa Cheng Hoe Masih Pilih Akhyar Rashid Mewakili Negara

Tan Cheng Hoe Di Bandaraya Untuk Pantau 2 Penjaga Gol & ‘Awang’?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN