Pihak Berkuasa Perancis Siasat Unsur Rasuah Perlawanan PSG-Red Star Belgrade

Iklan

Pihak berkuasa Perancis sedang menyiasat kemungkinan berlakunya sebarang unsur mengatur perlawanan membabitkan kemenangan 6-1 kepada Paris Saint-Germain (PSG) ketika menentang Red Star Belgrade.

Kedua-dua pasukan bertembung dalam pertandingan UEFA Champions League (UCL) di Parc des Princes pada bulan lalu.

(Photo by VI Images via Getty Images)

Menurut L’Equipe, salah seorang pegawai Red Star Belgrade telah meletakkan pertaruhan bernilai £4.3 juta untuk kelab Serbia itu tewas dengan perbezaan lima gol menjelang perlawanan.

Pihak Pendakwaan Kebansaan Kewangan Perancis (PNF) sedang menyiasat dakwaan tersebut selepas dimaklumkan sendiri oleh UEFA mengenai kemungkinan tersebut.

Pada masa ini, kedua-dua kelab menafikan sebarang salah laku terhadap dakwaan tersebut, setelah kedua-dua kelab mengeluarkan kenyataan menafikan pembabitan masing-masing.

(Photo by Xavier Laine/Getty Images)

Neymar menjaringkan hatrik dalam perlawanan tersebut, manakala tiga lagi gol PSG disumbangkan masing-masing oleh Edinson Cavani, Angel Di Maria dan Kylian Mbappe.

Gol tunggal Red Star Belgrade pula dijaringkan oleh bekas pemain antarabangsa Jerman, Marko Marin pada babak kedua perlawanan.

PSG kini berada di tangga ketiga Kumpulan C pertandingan UEFA Champions League, dan mempunyai mata yang sama dengan Liverpool di tangga kedua.

(Photo credit should read ANNE-CHRISTINE POUJOULAT/AFP/Getty Images)

Manakala Red Star berada di kedudukan terbawah dengan satu mata, dengan wakil Itali, Napoli mendahului kumpulan tersebut dengan empat mata.

Kedua-dua pasukan akan bertemu kembali dalam perlawanan timbal bali pada 12 Disember hadapan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram