Pierre-Emerick Aubameyang Optimis Kembali Pamer Sentuhan Berbisa

Pierre-Emerick Aubameyang

Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang tanpa berselindung mengakui dirinya menghadapi kesukaran dalam membahagikan tugas selaku ketua pasukan The Gunners sehingga menyebabkan prestasinya kelihatan begitu merudum pada ketika ini.

Prestasi penjaring terbanyak kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) 2018/19 bersama duo Liverpool, Mohamed Salah dan Sadio Mane itu menjadi pertikaian banyak pihak terutamanya dalam kalangan penyokong Arsenal pada musim ini apabila beliau hanya mampu menjaringkan tiga gol dalam 15 perlawanan liga.

Aubameyang bagaimanapun melihat ia sebagai sebahagian daripada asam garam bola sepak dan optimis beliau akan mampu bangkit untuk mendapatkan semula sentuhan jaringannya seperti kebiasaan.

”Sejak dari awal musim, saya menghadapi masalah kesukaran tetapi saya memikirkan ia merupakan sebahagian daripada perkara biasa dalam bola sepak.”

”Kami meraih pencapaian baik pada akhir musim lalu di mana kami berjaya menjuarai Piala FA seterusnya layak ke saingan Liga Europa, itu pencapaian yang sangat penting buat kelab ini.”

”Kadang-kadang, anda akan mengalami pasang surut dalam karier dan anda perlu mengawal perkara itu dengan sebaik mungkin. Saya akan mencuba yang terbaik meskipun sehingga ke hari ini saya masih belum lagi menemui sentuhan terbaik.”

”Saya masih berfikiran posiitf. Saya merasakan saya masih mampu untuk mengubah kembali keadaan menjadi seperti kebiasaan [aksi terbaik pernah dipamerkannya.”

”Sangat sukar untuk saya menjalankan kedua-dua tugasan [penyerang dan ketua pasukan], tetapi anda harus bersikap positif kerana pasukan ini memerlukan anda.”

”Saya selalu berusaha untuk memberikan yang terbaik, tidak hanya di dalam padang,” ujar Aubameyang menurut laporan Sky Sports.

Menyertai Arsenal pada pertengahan musim 2017/18, Aubameyang telah berjaya menjaringkan 57 gol dalam 100 penampilannya bersama The Gunners dalam saingan liga.

Kredit featured image: Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Pierre-Emerick Aubameyang:

Arteta: Aubameyang Perlukan Keyakinan Untuk Terus Meledak

RASMI: Aubameyang Kekal Di Arsenal, Ikrar Mahu Jadi Lagenda Seperti Henry

Mikel Arteta: Aubameyang Perlu Kekal Untuk Sebaris Legenda Arsenal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN