RASMI: Pierre-Emerick Aubameyang Kini Sah Pemain Arsenal

Arsenal akhirnya telah mengesahkan penyerang antarabangsa Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang kini adalah salah seorang anggota skuad The Gunners.

Arsenal berjaya melengkapkan perpindahan Aubameyang daripada Borussia Dortmund, melibatkan nilai perpindahan dilaporkan berjumlah  £56 juta.

Perpindahan Aubameyang ke Emirates bermakna penyerang tersebut akan kembali bergandingan dengan bekas rakan sepasukan beliau di Borussia Dortmund, Henrikh Mkhitaryan.

Kedua-dua pemain membentuk gandingan yang mantap di Dortmund, sebelum Mkhitaryan menyertai Manchester United pada 2016.

Mkhitarya tiba di Emirates daripada Old Trafford pada minggu lalu setelah melengkapkan perpindahan melibatkan Alexis Sanchez ke arah yang bertentangan.

Pengumuman perpindahan Aubameyang ke Arsenal akhirnya dilakukan setelah rundingan dengan Dortmund mencapai kata sepakat sejak ia dimulakan antara kedua-dua kelab beberapa minggu yang lalu.

Aubameyang merupakan salah seorang produk akademi AC Milan sebelum karier beliau mulai berkembang ketika bersama St. Etienne di Ligue 1, Perancis.

Setelah beraksi hampir tiga musim bersama St. Etienne, Aubameyang dilamar oleh Dortmund pada 2013, dan telah menjaringkan 98 gol melalui 144 penampilan bersama kelab tersebut di Bundesliga.

Jumlah jaringan yang direkodkan tersebut bermakna Aubameyang merupakan penjaring terbanyak di Bundesliga di kalangan pemain Afrika.

Penjaring terbanyak Borussia Dortmund untuk tiga musim berturut-turut ini juga merupakan penjaring terbanyak Bundesliga pada musim lalu dengan 31 gol.

Pemain Terbaik Afrika 2015/16 ini disahkan akan menangani kontrak untuk jangka masa panjang bersama Arsenal. Bagaimanapun butiran perpindahan hanya akan didedahkan setelah segala dokumentasi dikemaskini oleh pihak kelab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN