Piala Tun Sharifah Rodziah: Melaka Tewaskan Kedah Untuk Akhiri Kemarau Kejuaraan 39 Tahun

Penjaga gol pasukan Melaka – Nurul Azurin Mazlan menjadi wirawati pasukannya apabila menafikan 2 sepakan penalti dalam ‘penalty shoot-out’ perlawanan akhir – Melaka berhadapan juara bertahan – Kedah.

Kedah dan Melaka menjadi 2 kuasa dominan dalam bola sepak wanita dalam beberapa musim ini. Kedah mara ke final sebanyak 3 kali berturut-turut. Sementara Melaka mara 2 kali berturut-turut.

Ini merupakan kali kedua berturut-turut kedua-dua pasukan berentap di final. Musim lalu ianya dimenangi oleh pasukan Kedah. Final kali ini dilangsungkan di Stadium UiTM, Shah Alam.

Kedua-dua pasukan bergelut pada awal perlawanan untuk mendapatkan rentak.

Melaka memiliki beberapa peluang gol daripada pemain seperti Haindee Mosroh – di mana percubaan beliau terkena palang gol.

Kedua-dua pasukan gagal untuk menembusi gawang lawan masing-masing dalam tempoh 90 minit.

Ini bermakna, perlawanan diheret ke masa tambahan – yang turut menyaksikan tiada gol dicatatkan. Jadi, perlawanan bakal ditentukan dengan penentuan sepakan penalti.

Dalam penentuan sepakan penalti, Kedah gagal menyempurnakan 3 sepakan. 2 daripadanya diselamatkan oleh Nurul Azurin Mazlan.

Melaka berjaya memastikan Piala Tun Sharifah Rodziah kali ini diarak pulang ke Melaka. Ini juga bermakna Melaka menamatkan kemarau kejuaraan – yang kali terakhir mereka menangi pada 1980 – berkongsi dengan Singapura.

Tahniah kepada pasukan wanita Melaka United, para pemain, pengurusan, penyokong dan kesemua yang terlibat dalam membantu pasukan memenangi edisi kali ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram