Quantcast

BERITA

Piala Sanix: Skuad Malaysia B-19 Mulakan Dengan Langkah Kiri

Skuad B-19 tahun negara mencatat kekalahan pertama dalam Kejohanan Piala Sanix apabila tewas 0-2 kepada Aumori Yamada dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A, di Stadium Global Arena, Fukuoka, sebentar tadi.

Dalam perlawanan itu, skuad Malaysia menurunkan beberapa pemain berpengalaman seperti T. Saravanan dan ketua pasukan merangkap penjaga gol, Firdaus Irman Fadhil.

Menurut laporan daripada Stadium Astro, pintu gol Malaysia dibolosi pada separuh masa pertama hasil jaringan pemain lawan, Yudai Fuziwara.

Aomori Yamada menguasai perlawanan dan seri menguji benteng pertahanan negara menerusi serangan bertali arus ketika skuad kendalian Bojan Hodak itu masih tercari-cari rentak permainan.

Yusei Utida pada minit kelapan hampir-hampir mengegar jaring Malaysia. Keputusan kekal memihak kepada lawan, 0-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Kesebalasan utama skuad bawha 19 negara. FOTO: FAM

Beraksi dalam suhu di bawah 9 darjah celsius, pemain negara tampak sukar untuk menyesuaikan diri dengan permukaan padang yang berbeza dengan padang latihan.

Memasuki separuh masa kdua, skuad negara cuba bangkit dengan mengaturkan serangan dan memperoleh dua peluang terbaik melalui penjaring terbanyak AFC B-16, Luqman Hakim namun dia gagal memanfaatkan kesempatan itu.

Kegagalan itu mengakibatkan Malaysia sekali lagi dihukum apabila Aomori Yamada menggandakan kelebihan mereka menerusi Yoshitaka Furusawa dalam waktu kecederaan.

“Masalah yang timbul adalah kami dibolosi pada saat-saat akhir babak pertama dan kedua. Ia berlaku ketika pemain kami tertekan dan tahap konsentrasi menurun.

“Mereka perlu belajar daripada kesilapan ini, namun terdapat beberapa perkara positif.

“Saya berharap pasukan ini dapat beraksi lebih baik dalam perlawanan seterusnya,” kata Bojan Hodak.