‘Piala Maradona’ Bakal Diperkenalkan

Argentina Itali Piala Maradona

UEFA dan CONMEBOL selaku badan pengelola bola sepak di Eropah dan Amerika Selatan sedang berbincang untuk menentukan tarikh yang sesuai untuk mempertemukan dua pasukan yang baru sahaja muncul juara kejohanan benua masing-masing.

Dua pasukan tersebut, Itali dan Argentina masing-masing menguasai kempen Euro 2020 dan Copa America yang berlangsung baru-baru ini. Pastinya menarik buat peminat bola sepak di seluruh dunia sekiranya kedua-dua pasukan dipertemukan.

Menurut laporan yang didedahkan New York Times, perlawanan tersebut dirancang berlangsung di Stadio Diego Armando Maradona di Naples bagi memberi penghormatan kepada tokoh bola sepak dunia itu yang telah meninggal dunia pada tahun lalu.

Legenda Argentina itu mempunyai hubungan yang kuat dengan Itali selepas menghabiskan tujuh tahun bermain di bersama Napoli.

Memandangkan Piala Konfederasi yang sebelum ini mempertemukan juara dari setiap benua juga telah ‘dimansuhkan’ oleh FIFA, mungkin perlawanan yang dirancang ini merupakan cara terbaik untuk mempertemukan jaguh dari benua Eropah dan Amerika Selatan ini.

Seperti yang diketahui, dua benua tersebut paling unggul dalam menjuarai Piala Dunia dengan Eropah sebanyak 10 kali (Itali 4, Jerman 3, England 1, Perancis 1, Sepanyol 1), sementara Amerika Selatan pula 9 kali (Brazil 5, Argentina 2, Uruguay 2).

Nama Maradona juga mungkin akan diabadikan pada trofi iaitu Piala Maradona yang bakal dimiliki oleh pemenang. Perincian bagi pertandingan ini masih belum dikeluarkan secara rasmi.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak antarabangsa:

Berapakah Hadiah Kemenangan Euro 2020 Jika Menjadi Juara Seperti Itali?

Dua Gianluigi Yang Mencorakkan Kejayaan Itali

Di Maria Punya Susu, Messi Dapat Nama?

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply