Piala Malaysia: Zuhair Aizat Tak Sempat Pulih Untuk Beraksi Di Alor Star

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Pemain tengah ofensif pasukan Pahang, Zuhair Aizat dilaporkan tidak akan dapat beraksi dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia pada 19 Oktober ini.

Zuhair Aizat, 23, jelas kecewa kerana tidak mampu bersama pasukannya dalam aksi menentang pasukan Kedah.

Zuhair mengalami kecederaan di buku lalinya. Pada awalnya beliau menjangkakan beliau akan sempat pulih dalam minggu rehat antarabangsa pada kali ini.

Namun beliau terpaksa menerima hakikat bahawa, beliau perlukan lebih masa untuk pulih sepenuhnya.

Aksi pertama akan berlangsung di Alor Star. Zuhair kemudian menyatakan: “Saya hanya menjalani latihan ringan sahaja, pada ketika ini. Ini untuk meningkatkan tahap kecergasan saya.”

Pahang berhadapan dengan krisis kecederaan yang agak teruk. Selain daripada Zuhair Aizat, 3 lagi tonggak lain turut mengalami kecederaan. Mereka ialah Muslim Ahmad, Nor Azam Azih dan Faisal Halim.

Zuhair Aizat berharap rakan beliau yang lain akan dapat melaksanakan tugasan dengan sebaik mungkin. Siapa akan mara ke final, hanya akan terjawab pada 26 Oktober, dalam aksi kedua di Kuantan.

Sebagai rekod, Pahang merupakan juara 4 kali Piala Malaysia. Kali terakhir mereka menjulang piala tertua di negara kita ini pada 2014.

Lawan mereka pula, Kedah, merupakan juara 5 kali. Dan kali terakhir Lang Merah menjulang Piala Malaysia adalah pada 2016 yang lalu.

Pertarungan di antara Kedah dan Pahang pastinya sengit kerana kedua-duanya merupakan antara pasukan yang memiliki pemain yang berkualiti.