Piala Malaysia: Wan Rohaimi Tak Kisah PDRM Berada Di Kumpulan Mana

PDRM FC Wan Rohaimi Piala Malaysia

Ketua jurulatih PDRM, Wan Rohaimi Wan Ismail masih belum mahu memikirkan siapakah pencabar mereka di saingan Piala Malaysia kerana keutamaannya adalah perlawanan terakhir Liga Premier berdepan Negeri Sembilan pada Selasa Depan.

Berdasarkan kedudukan terkini, PDRM berpeluang agak tinggi untuk berada dalam posisi ketiga hingga kelima yang turut disaingan oleh Kuching City, Kelantan dan Kelantan United.

Dalam Kumpulan A, Penang FC yang diletakkan selaku pasukan pilihan diundi bersama Kuala Lumpur City FC, Sri Pahang FC selain pasukan kedua terbaik di Liga Premier.

Bagi Kumpulan C pula, setakat ini hanya dua pasukan telah diketahui akan berada dalam kumpulan tersebut iaitu Kedah Darul Aman FC dan Melaka United FC dengan dua slot menjadi milik posisi pertama dan kelima Liga Premier.

Namun bagi Wan Rohaimi, keutamaannya adalah mencapai kemenangan dan jika layak, beliau tidak kisah ditempatkan di mana-mana kumpulan sekalipun.

Walaupun mengakui status PDRM selaku pasukan bukan pilihan, beliau tidak mahu pasukannya sekadar menjadi pelengkap, tetapi bersedia untuk memberikan cabaran dengan melangkah jauh di saingan Piala Malaysia musim ini.

“Keutamaan pada saya adalah untuk layak dahulu dengan cuba mendapatkan keputusan positif berdepan Negeri Sembilan, selepas itu terpulang untuk duduk di kumpulan mana, sama ada Kumpulan B, C atau D,” ujar Rozaimi ketika ditemubual oleh Media MFL.

“Walaupun sedar pasukan saya ‘underdog‘, saya sudah tegaskan kepada pemain yang kita bukan masuk sekadar sertai pertandingan atau melengkapkan jadual.

“Saya mahu pastikan penyertaan PDRM dapat berikan kesan serta mampu mencabar pasukan-pasukan lebih besar dan kami mahu layak sekurang-kurangnya ke suku akhir.”

Sentuhan ‘magis’ Wan Rohaimi sejak mengambil alih jawatan ketua jurulatih PDRM pada penghujung Mac lalu telah mengubah nasib pasukan tersebut daripada keadaan terumbang-ambing kepada pasukan yang perlu diberi perhatian.

Di bawah bimbingannya, skuad The Cops telah mencatat 6 kemenangan 5 seri dan 3 kalah.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

One Comment

Leave a Reply