Piala Malaysia: JDT Ke Final, Safawi Mengganas Dengan Hatrik, Ifedayo Sunyi

Perlawanan yang dinantikan di antara Selangor dan JDT berlangsung dalam kondisi padang yang berair selepas hujan lebat di Shah Alam.

Seperti yang dikatakan oleh B. Sathianathan sebelum ini, beliau akan menurunkan Khyril Muhymeen.

JDT menerima semula kepulangan Diogo yang cergas untuk perlawanan ini.

Separuh masa pertama

Pada minit ke-2, Safawi melakukan percubaan dari dalam kotak penalti namun hanya ke arah sisi jaring.

Selangor memiliki peluang gol, apabila Sandro Da Silva melorongkan bola cantik kepada rakannya, namun dipintas oleh Safawi Rasid.

Gonzalo Cabrera melakukan rembatan deras dari luar kotak penalti pada minit ke-22, ianya ditepis dengan kemas oleh Khairul Azhan.

Tidak lama selepas itu, JDT di hadapan menerusi Safawi Rasid pada minit ke-25. Ianya bermula daripada hantaran cantik oleh Afiq Fazail. Safawi melakukan rembatan deras melepasi Khairul Azhan, dalam sitasui 1 lawan 1.

Ini bermakna JDT berjaya memadamkan jaringan tempat lawan oleh Selangor.

Selepas jaringan tersebut, tempo perlawanan agak sederhana. JDT lebih banyak menyerap asakan di kawasan sendiri dan membenarkan Selangor memiliki penguasaan bola.

Namun Selangor gagal untuk mencipta peluang gol daripada penguasaan yang mereka ada.

Pada minit ke-41, Khyril Muhymeen berjaya mengekalkan kedudukan untuk kekaln onside ketika menerima hantaran Syahmi Safari. Dan beliau melakukan rembatan ke arah gol, tetapi Farizal cemerlang menafikan percubaan itu.

Namun berlaku kekeliruan sama ada itu ofsaid atau tak. Dan akhirnya pengadil memberikan sepakan gol. Pengulas perlawanan sendiri menyatakan beliau tak mampu nak faham akan insiden itu.

Pada masa kecederaan Selangor berjaya mencipta gerakan yang memecah masuk ke dalam kotak penalti JDT, namun hantaran Syahmi tidak kemas.

Selangor terus buntu untuk menyerang kubu JDT.

Separuh masa kedua

Pada separuh masa kedua, JDT tidak menunggu lama. Kurang 2 minit bersambung, JDT sudah menjaringkan gol menerusi Safawi Rasid.

Safawi melakukan lencongan ke penjuru kanan gol Selangor. Khairul Azhan tiada jawapan untuk bola seperti itu. Sekali lagi kredit kepada Afiq Fazail. Ini merupakan assist ke-3 beliau dalam 2 perlawanan separuh akhir menentang Selangor.

Dan belum sempat Selangor memperbaiki strategi mereka, Safawi melengkapkan hatrik pada minit ke-51. Ianya hasil hantaran daripada Cabrera.

Safawi melakukan leretan yang melalui celah kaki Khairul Azhan.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan JDT 3-0 ke atas Selangor dan 4-1 secara agregat.

JDT berpeluang untuk mengulangi pencapaian mereka pada 2017, dan meneruskan pemburuan piala domestik.

Selangor menamatkan musim ini tanpa sebarang gelaran domestik.

Fakta perlawanan
  • Kali terakhir Selangor mara ke final Piala Malaysia adalah pada 2016
  • Kali terakhir Selangor juara Piala Malaysia adalah pada 2015
  • Kali terkahir JDT mara ke final Piala Malaysia adalah pada 2017, dan menjadi juara.
  • Selangor sudah menjuarai Piala Malaysia sebanyak 33 kali, dan JDT pula sebanyak sekali

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN