Piala Malaysia Dibenarkan Berlangsung Pada Januari 2021

Kerjasama Semuanya BOLA

Dickson Nwakaeme Renan Alves Pahang Kedah Piala Malaysia 2020 Dollah Salleh

Berita baik buat sukan Malaysia sudah pun tiba!

Kerajaan Malaysia memberikan kebenaran untuk melangsungkan kejohanan Piala Malaysia bermula pada Januari 2021.

Dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri mengatakan yang kejohanan itu boleh dilangsungkan semula.

“Ini satu berita yang menggembirakan saya percaya, perlawanan Piala Malaysia boleh diadakan bermula Januari 2021,” kata beliau.

Akan tetapi, ayat yang dinyatakan Ismail Sabri tidak mendalam sama ada beliau benar-benar maksudkan hanya Piala Malaysia sahaja yang dibenarkan atau segala kejohanan utama Liga Malaysia termasuk Liga Super dan Liga Premier.

Ianya juga tidak jelas sama ada beliau maksudkan yang lampu hijau diberikan kepada saingan Piala Malaysia 2020 untuk disambung pada 2021 memandangkan ianya telah dibatalkan selepas pusingan pertama diadakan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri juga mengatakan yang penonton dibenarkan semula untuk kembali ke stadium dengan kadar yang minima.

Di kawasan PKP Pemulihan, seramai 4000 penonton dibenarkan masuk atau 10% kapasiti stadium mengikut bilangan mana yang lebih rendah.

“Jika 10% kapasiti Stadium Nasional Bukit Jalil adalah 8000, maka hanya kita guna 4000 orang sahaja.”

Di kawasan PKP Bersyarat pula, perlawanan boleh diadakan tanpa kehadiran penonton manakala di kawasan PKP Diperketatkan tiada sebarang aktivti sukan dan rekreasi dibenarkan.

SOP sukan dan rekreasi ini akan dihebahkan dalam masa terdekat.

Baca juga artikel kami mengenai Piala Malaysia:

Memori Final Piala Malaysia 2018 Tetap Dalam Ingatan Lee Tuck

TM ePiala Malaysia Edisi Kedua Beri Peluang Lebih Ramai Pemain Amatur Bersaing

Skuad Juara Piala Malaysia 1995 Tanya, Mana Ganjaran Kami?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

One Comment

Leave a Reply