Piala Malaysia 2020: Voli Cantik Sandro Hantar Selangor Ke Suku Akhir

Piala Malaysia 2020

Selangor berjaya mara ke pusingan suku akhir Piala Malaysia 2020 selepas membenam cabaran Melaka United di Stadium Hang Jebat.

Beraksi dalam keadaan hujan dan padang yang basah, jelas sekali menggangu pergerakan permainan.

Namun begitu, ianya tidak menghalang Melaka United yang beraksi sebagai pelawat di laman sendiri untuk mengancam Selangor di awal-awal permainan.

Barisan serangan Melaka United yang diterajui oleh Uche Agba, Sonny Norde dan Romel Morales jelas beberapa kali menggangu pintu gol Selangor di peringkat awal permainan.

Hasilnya, di separuh masa pertama sahaja beberapa kali sepakan penjuru diberikan kepada Melaka United oleh pasukan Selangor.

Ifedayo Olesegun turut menhadirkan ancaman beliau apabila beberapa kali tandukan beliau cuba untuk mendapatkan gol pembukaan.

Walaupun perlawanan menyaksikan beberapa pergerakan ke arah pintu gol dihasilkan, namun hanya pada minit ke-21 sahaja gol berjaya dijelmakan oleh Selangor.

Menerusi satu serangan balas pantas, gerakan tiga orang pemain sudah cukup untuk menghukum Melaka United yang sebelum itu di kawasan Selangor untuk sepakan penjuru.

Sandro Da Silva yang nampak Ifedayo keseorangan dengan mudah melorongkan bola kepadanya untuk pemain itu menjaringkan gol pembukaan.

Bersambung di separuh masa kedua, Selangor pantas diasak oleh Melaka United dalam usaha mendapatkan gol penyamaan namun usaha mereka sekali lagi disentak oleh gol Merah Kuning.

Selepas menjadi penjaring, Ifedayo membalas budi Sandro yang membantu beliau mendapatkan gol apabila mengumpan bola kepada mantan pemain Kedah itu.

Sandro kemudiannya melakuan voli yang cukup baik menggunakan kaki kiri untuk melebarkan kedudukan Selangor.

Menyedari musim 2020 mereka bakal berakhir, Melaka United berusaha untuk menjatuhkan Selangor dan kelebihan dua gol itu dikurangkan menjadi satu selang empat minit kemudian.

Berpunca dari hantaran lintang sebelah kiri, Agba berjaya menolak mudah bola ke dalam gawang yang dijaga oleh Khairulazhan Khalid.

Tolakan itu tidaklah begitu kuat tetapi cukup untuk mematikan langkah penjaga gol tersebut.

Melaka United turut menggunakan pendekatan yang lebih agresif termasuk memasukan manta pemain Selangor, Safiq Rahim untuk memberikan kreativiti di bahagian serangan di penghujung permainan.

Namun usaha tersebut jelas sekali tidak membawa hasil.

Secara keseluruhannya, Melaka United menunjukkan mentaliti serangan yang tinggi dalam usaha mendapatkan gol tetapi Selangor jelas sekali mengambil peluang yang mereka ada untuk melayakkan diri ke suku akhir.

Keputusan penuh, Selangor 2-1 Melaka United.

Kesebelasan utama

Selangor: Khairulazhan Khalid (penjaga gol), Taylor Regan (ketua pasukan), Sean Selvaraj, Wan Zack Haikal, Ifedayo Olesegun, Halim Saari, Syahmi Safari, Safuwan Baharuddin, Zikri Hailili, Sandro Da Silva, Brendan Gan

Melaka United: Khairul Fahmi (penjaga gol), Akmal Zahir, Annas Rahmat, Jang Sukwon (ketua pasukan), Uche Agba, Romel Morales, Khairul Anwar, Saiful Ridzuan, Wan Amirul Afiq, Ferris Danial, , Sony Norde

Pegawai perlawanan

Pengadil: Hamdan Awang
Pembantu pengadil 1:
Azman Ismail
Pembantu pengadil 2:
Shafiq Said
Pengadil ke-4:
Zulkarnain Zakaria

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN