Piala Malaysia 2019: Ramon Marcote Lihat JDT Ada Kelebihan

Bekas pengendali Kedah, Ramon Marcote berkata JDT mempunyai kelebihan untuk muncul juara Piala Malaysia 2019 berbanding bekas pasukannya itu.

Walaupun mengakui mahu melihat bekas pasukannya Kedah menang dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini, kestabilan pasukan JDT di setiap posisi dilihat sebagai faktor utama dalam menentukan pemenang pada malam ini.

“Jika anda mahu pandangan jujur saya, maka JDT mempunyai lebih banyak kelebihan. Namun akhirnya saya mahu melihat Kedah menjulang trofi Piala Malaysia,” ujar beliau kepada wakil Semuanya BOLA.

“Di dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku. Pasukan mana yang tahu menggunakan kelebihan dan menyempurnakan peluang akan memenangi perlawanan akhir ini.

Berdasarkan pemerhatian beliau kelebihan utama JDT berbanding Kedah pada perlawanan akhir pada malam ini adalah pada barisan pertahanan.

“JDT lebih stabil terutamanya di bahagian pertahanan [jika perbandingan dilakukan] dan bahagian serangan mereka juga amat bagus.

“Manakala Kedah pula nasib bersama dengan mereka ketika perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir Piala FA. Begitu juga separuh akhir Piala Malaysia yang lalu menentang Pahang.

“Saya hanya mengharapkan satu perlawanan yang bagus untuk disaksikan. Sudah tentu saya mahu Kedah menikmati satu lagi kejuaraan pada musim ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN