Piala Malaysia 2019: PKNP FC Juga Ada Hak Bertanya, Kata Abu Bakar Fadzim

abu-bakar-fadzim pknp fc

Menurut laporan Berita Harian, pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim menyatakan mereka akur dengan arahan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tetapi pada masa yang sama, mereka ada hak untuk bertanya mengenai isu penangguhan perlawanan menentang PJ City FC yang telah ditunda buat kali kedua kelmarin.

PKNP FC sememangnya sedia maklum mengenai penularan virus Influenza B dikalangan pemain-pemain PJ City namun tindakan MFL yang menunda perlawanan tanpa berbincang malah hanya mengeluarkan arahan sebagai satu tindakan kurang tepat.

“Saya mengambil risiko untuk bermain pada Ahad ini kerana menghormati PJ City dengan masalah yang melanda mereka cuma kami juga ada hak untuk bertanya bukan menerima segala arahan (semata-mata) daripada MFL,” ujar Abu Bakar Fadzim.

“Apa yang saya lihat kelebihan pada PJ City, jadual sudah keluar dan penanguhan ini bukan sahaja merencatkan pasukan kami, fokus pemain saya turut terjejas, begitu juga suasana perlawanan suku akhir,” tambah pengendali PKNP FC itu lagi.

Beberapa pemain-pemain PJ City dilaporkan perlu dikuarantin akibat penularan virus Influenza B namun menimbulkan persoalan di pihak PKNP FC, bagaimana pengurusan PJ City tetap membawa mereka ke Manjung seterusnya memohon penangguhan lagi.

Paling mengecewakan pihak PKNP FC adalah makluman mengenai penundaan itu hanya dimaklumkan 12 jam menjelang sepak mula.

Memetik kenyataan di laman rasmi Facebook PKNP FC, surat pertama daripada MFL ada menjelaskan mengenai kemenangan percuma 3-0 kepada PKNP FC sekiranya PJ City gagal hadir ke perlawanan yang dijadualkan semula kepada 20 September.

“PKNP FC menuntut hal seperti yang dinyatakan pada surat pertama seperti yang telah dikeluarkan,” kenyataan yang telah dipetik daripada laman rasmi Facebook PKNP FC, semalam.

“Walau bagaimanapun, satu surat bertarikh 20 September 2019 dengan rujukan MFL/COMP/LM/2019-68/AI telah dikeluarkan bagi memaklumkan bahawa perlawanan yang telah dijadual pada 20 September 2019 ini akan ditunda pada 22 September 2019.

“Surat yang diterima oleh PKNP FC adalah kurang dari 12 jam sebelum sepak mula,” jelas laman Facebook tersebut lagi.

Perlawanan terakhir Kumpulan B antara PKNP FC dan PJ City di Stadium MP Manjung telah dijadualkan akan berlangsung pada malam ini. Ia adalah penentu pasukan yang bakal layak ke suku akhir untuk menentang juara Kumpulan A, Kedah.

Kredit Featured Image: Stadium Astro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN