Piala Malaysia 2019: PKNP FC Bangkit Ikat JDT, PKNS FC & Kedah Kongsi Mata

Dua perlawanan peringkat kumpulan di pertandingan Piala Malaysia telah berlangsung semalam.

Di aksi Kumpulan A, JDT berkunjung ke Manjung untuk perlawanan pertama di tempat lawan dalam pertandingan ini untuk bertemu PKNP FC. PKNS FC pula menunggu saingan Kedah di Shah Alam

Di Stadium Majlis Perbandaran Manjung

Juara Piala Malysia 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) mensia-siakan kelebihan dua gol yang dimiliki selepas membenarkan PKNP FC bangkit dengan dengan satu gol di setiap babak permainan untuk keputusan seri 2-2 pada malam tadi.

Keputusan perlawanan itu bagaimanapun tidak menggugat kedudukan JDT di tangga teratas Kumpulan B dengan tujuh mata, selepas tiga perlawanan.

Dalam perlawanan pada malam tadi, Gonzalo Cabrera berjaya memberikan pendahulan dua gol kepada pasukan pelawat dalam tempoh 15 minit pertama perlawanan.

Foto: MFL

PKNP FC bagaimanapun bangkit menerusi sepakan penalti Yashir Pinto – selepas Maurico Dos Santos dipersalahkan kerana menjatuhkan Hafiz Ramdan di dalam kotak penalti.

Gol penyamaan oleh PKNP FC pula tiba menerusi Giancarlo Rodrigues selepas pemain import it menolak masuk bola muntah terkena tiang hasil percubaan wal Pinto pada minit ke-78 perlawanan.

PKNP FC kini berada di kedudukan kedua Kumpulan B dengan empat mata, selepas tiga perlawanan – namun kedudukan tersebut boleh dipintas PJ City FC, sekiranya skuad kendalian K. Devan menang ke atas UiTM FC pada malam ini.

Di Stadium Shah Alam

Dalam saingan Kumpulan A, pasukan tuan rumah PKNS FC juga bangkit dari ketinggalan untuk mengikat juara Piala FA musim ini, Kedah dengan jaringan 1-1.

Keputusan itu tidak memberikan perubahan kedudukan di dalam kumpulan, dengan Kedah kekal di kedudukan kedua, manakala PKNS FC di tangga ketiga – kedua-dua nya mengutip empat mata selepas tiga perlawanan.

Foto: MFL

Namun keputusan ini akan memberikan kelebihan kepada Terengganu untuk melebarkan kedudukan di tangga teratas Kumpulan A, sekiranya mencatat kemenangan ke atas Negeri Sembilan pada malam ini.

Dalam aksi pada malam tadi, Kedah berada di hadapan melalui tandukan Fernando Rodriguez yang menanduk masuk hantaran silang Baddrol Bakhtiar pada minit ke-20 perlawanan.

PKNS FC bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-69 perlawanan melalui rembatan pemain tengah, Romel Morales untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN