Piala Malaysia 2019: Penyokong Dinasihatkan Tidak Tersalah Pintu Masuk

Pintu masuk

Ketua Pegawai Operasi Tiket Hotline, Datuk Zairil Ayu Ibrahim mengingatkan kepada peminat bola sepak tempatan yang bakal menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Bukit Jalil, untuk mematuhi segala peraturan mengikut pintu masuk yang betul.

Jelasnya, setiap tiket mempunyai barcode yang akan membezakan kategori tiket dan para penyokong perlu memasuki pintu yang sepatutnya bagi memudahkan mereka mencari tempat duduk.

Paling utama, Zairil berharap semua penyokong dapat memberi kerjasama dan tidak membuat sebarang kekecohan apatah lagi ini merupakan perlawanan yang akan menjadi perhatian membabitkan juara Liga Super dan juara Piala FA.

“Memang di setiap tiket ada tertera barcode, barcode ini akan digunakan masa kita nak masuk stadium melalui pintu-pintu dia.”

“Barcode ini akan membezakan kemasukan kategori tiket, jadi pastikan tengok pintu mana yang tertulis atas tiket dan jangan masuk salah pintu.”

Sementara itu, penjualan tiket secara dalam talian kategori Premium Grandstand berharga RM150 telah habis dijual dalam masa 2 jam sahaja setelah talian dibuka bermula jam 3 petang semalam (Rabu).

Bermula hari ini (Khamis), jualan tiket secara fizikal telah pun mula dijual di Stadium Darul Aman untuk penyokong Kedah manakala penyokong JDT pula di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin bermula jam 10.00 pagi.

Manakala tiket GA 50 yang berharga RM50 dan GA kanak-kanak(RM5) (setakat jam 4.30 petang) masih lagi boleh dibeli melalui dalam talian Shopee.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN