Piala Malaysia 2019: KFA Yakin Jualan Tiket Di Kaunter Tidak Akan Timbulkan Sebarang Masalah

Kedah

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) akan menjual 26,610 tiket final Piala Malaysia 2019 termasuk 750 tiket kanak-kanak kepada penyokong Kedah di kaunter tiket perkarangan Stadium Darul Aman pada Khamis ini.

Menurut Setiausaha Eksekutif KFA, Shahrul Samsudin, beliau melahirkan keyakinan bahawa sistem jualan di kaunter tidak akan menimbulkan sebarang masalah selepas beberapa perubahan yang dilakukan bagi meningkatkan kelancaran penjualan tiket seperti kuota pembelian bagi setiap penyokong.

Sejumlah 5,000 lagi tiket akan dijual secara dalam talian kepada penyokong Kedah tidak termasuk bagi kategori tempat duduk RM80, RM100 dan RM150.

“Jika mengikut apa yang dirancang kami akan meneruskan sistem penjualan tiket secara fizikal di Stadium Darul Aman berdasarkan pengalaman kami di separuh akhir dan final Piala FA.

“Kami sudah menambah baik sistem penjualan di kaunter tiket yang saya rasa lebih efisien serta memudahkan penyokong kerana mereka hanya perlu datang ke satu tempat untuk mendapatkan tiket final.

“Manakala 10,000 lagi tiket yang dijual dalam talian, 5,000 tiket berharga RM50 diperuntukkan kepada penyokong Kedah dan mereka boleh membelinya bermula Rabu ini, “ katanya selepas Mesyuarat Penyelarasan Perlawanan Akhir Piala Malaysia di ibu pejabat MFL, hari ini.

Jelas Shahrul, pengalaman mereka melangkah ke final sebelum ini termasuk mara ke perlawanan akhir Piala FA 2019 memudahkan mereka memahami aturan penjualan tiket yang ditetapkan.

“Sejak Malaysian Football League (MFL) mengambil alih Liga Malaysia dari tahun 2015, Kedah telah mara ke final sebanyak enam kali dan ini bukan satu situasi asing kepada kami.

“Jadi kami memahami setiap aturan jualan tiket yang ditetapkan dan boleh menguruskan perkara ini dengan penyokong.

“Cuma perubahan kali ini penjualan tempat duduk ada penambahan kategori bagi harga tiket berbeza dan kami menyambut baik perkara berkenaan.

“Peruntukan tiket yang boleh dibeli secara fizikal telah dikurangkan sedikit kerana pembelian secara atas talian telah ditingkatkan sedikit tetapi secara keseluruhan kuota tiket masih sama seperti sebelum ini (perlawanan akhir Piala FA 2019), ” katanya.

Berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala Malaysia pada hari ini, Kedah turut diperuntukkan 4969 tiket berharga RM80, 2622 tiket berharga RM100 selain 550 tiket berharga RM150 yang dibeli secara dalam talian.

Aksi perlawanan akhir Piala Malaysia membabitkan Kedah dan juara Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berlangsung 2 November ini dengan Stadium Nasional Bukit Jalil dipilih sebagai venue selepas kali terakhir digunakan pada 2014.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN