Piala Malaysia 2019: Kemudahan Rapid Rail & Bas Dilanjutkan Ke 1.00 Pagi

Kemudahan

Berikutan perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 yang menemukan Kedah dan Johor Darul Ta’zim, perkhidmatan pengangkutan awam iaitu Rapid Rail dan Rapid Bas akan dilanjutkan sehingga ke jam 1.00 pagi.

Pengumuman tersebut penting untuk pengetahuan penyokong yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan tersebut pada hari Sabtu nanti.

Kemudahan Awam

Menurut sumber Malaysian Football League, sejumlah 3,542 ruang parkir telah disediakan di Stesen LRT sepanjang laluan Ampang dan Sri Petaling.

Penggunaan kemudahan awam terutamanya Rapid Rail amat disarankan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan parkir di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selain itu, pihak MFL dan Prasarana turut menasihatkan penyokong yang akan menggunakan kemudahan tersebut supaya menambah nilai kad Touch ‘n Go terlebih awal.

Kredit foto: Malaysian Football League

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram