Piala Malaysia 2019: Kecederaan Tonggak Utama Rencatkan Perancangan Kedah

Saingan Piala Malaysia kembali lagi selepas melalui tempoh rehat lebih seminggu bagi memberi laluan kepada semua pemain dan pegawai pasukan menyambut perayaan Aidil Adha pada minggu lepas.

Selaku pasukan pilihan untuk melangkah ke pusingan suku akhir, Kedah bertekad untuk bangkit dari kekalalahan memalukan dalam perlawanan lepas di Stadium Darul Aman dan bersedia dengan misi membawa pulang tiga mata ke Alor Setar apabila berhadapan dengan PKNS FC malam ini.

Ketua Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak berdepan tugas berat untuk mengembalikan motivasi dan keyakinan pemain pasukannya selepas mereka diaibkan 2-0 di tempat sendiri ketika berdepan Terengganu FC (TFC) – sekalipun lawan mereka beraksi dengan 10 orang pemain selepas penjaga gol pasukan pelawat dibuang padang.

Aidil Sharin
FOTO: Kedah FA

Sedar dengan kemampuan pasukan PKNS yang dibimbing oleh K. Rajagopal selaku jurulatih berkaliber dan disegani, Aidil Sharin berwaspada dengan ancaman The Red Ants yang telah mengakhiri rentetan lapan perlawanan tanpa kemenangan ketika menewaskan Negeri Sembilan 2-1 minggu lalu.

Wartawan Stadium Astro yang berpeluang menemubual jurulatih kelahiran Singapura itu melaporkan, persediaan skuad Lang Merah sedikit terganggu dengan kecederaan yang menimpa pemain utama mereka iaitu perancang tengah, Farhan Roslan dan pertahanan, Azmeer Yusof.

Namun tegas Aidil, mereka sudah pun memikirkan pengganti yang sesuai untuk diletakkan sebagai kesebelasan utama bagi menampung ketiadaan dua tonggak utama itu.

“Kedah telah melupakan kekalahan lalu dan cuba mempamerkan aksi yang positif malam esok,” katanya.

kedah-pkns piala malaysia
FOTO: MFL

Sungguhpun rekod pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi Liga Super dan Piala FA berpihak kepada Kedah dengan dua kemenangan dan dua seri, ianya tidak memberi apa-apa jaminan kerana pasukan lawan juga sudah tentu tidak akan memberi laluan mudah buat mereka.

Dalam kempen saingan Piala Malaysia tahun lepas, Kedah yang memegang status selaku finalis pada tahun 2017 telah menerima kejutan selepas tersingkir di peringkat kumpulan apabila tewas 2-0 kepada Kelantan dalam perlawanan terakhir di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Oleh yang demikian, sudah tentu penyokong Kedah tidak mahu mimpi buruk itu berulang kembali pada tahun ini, lebih-lebih lagi pasukan Kedah masih segar dengan kejayaan menjulang kejuaraan Piala FA pada bulan lepas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN