Piala Malaysia 2019: Dollah Salleh Gembira Perancangan Membuahkan Hasil

Dollah

Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh tidak dapat menyembunyikan kegembiraan selepas skuad bimbingannya berjaya menundukkan juara bertahan, Perak 3-0 pada aksi Piala Malaysia 2019 di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Tiga awang import, Herold Goulon, Saddil Ramdani dan Lazarus Kaimbi masing-masing menyumbangkan satu gol untuk meletakkan Pahang di puncak carta kumpulan C.

”Memang kita berpuas hati, saya hari ini betul-betul dapat melepaskan tekanan,” jelas Dollah yang bercakap pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

”Pujian harus diberikan kepada semua pemain. Hari ini kami (pemain) betul-betul berdisiplin ketika bertahan dan melakukan serangan balas pantas.”

”Apa yang kami telah terapkan ketika latihan, malam ini (semalam) mereka telah membuktikannya. Saya rasa semua pemain memberikan yang terbaik pada malam ini.”

Enggan dibuai dengan dua kemenangan awal ini, Dollah mahu anak buahnya terus memberikan fokus dalam menghadapi setiap perlawanan mendatang.

”Kita memang anggap setiap perlawanan adalah serius, tidak boleh ambil sambil lewa. Jangan fikir kita sudah layak (suku akhir).”

”Sekarang ini saya merasakan kalau kita dapat 10 mata pun kami masih belum layak lagi.”

”Jadi, kita perlu pastikan kalau boleh kita kutip sembilan mata pada pusingan pertama. Saya selalu tekankan kepada pemain, kita memandang ke hadapan untuk mendapatkan sesuatu dalam Piala Malaysia ini.”

Selepas Pulau Pinang dan Perak menjadi mangsa ‘amukan’ Tok Gajah, Dollah dan anak buahnya akan berkunjung ke Stadium Likas untuk bertemu juara Liga Premier 2019, Sabah pada 17 Ogos nanti.

Kredit foto: Pahang FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN