Piala Malaysia 2019: Aksi Mukhairi Ajmal dan Aidil Azuan Tarik Perhatian Abu Bakar Fadzim

Mukhairi Ajmal PKNP FC Piala Malaysia

Pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim meluahkan rasa syukurnya selepas mara ke suku akhir Piala Malaysia 2019 dan turut memuji komitmen yang telah diberikan oleh barisan pemainnya termasuk dua pemain skuad B-18, Mukhairi Ajmal dan Aidil Azuan.

Kedua-dua pemain telah memberikan aksi terpuji ketika menang dalam dua aksi terakhir peringkat kumpulan, menentang PJ City (3-0) dan UiTM FC dengan keputusan 4-0, kedua-duanya di Manjung.

“Dan saya rasa cukup bersyukur kerana saya memberi peluang kepada dua pemain bawah 18 tahun. Saya nampak dua perlawanan mereka bermain dengan begitu baik,” ujarnya dalam sidang media.

“Mukhairi Ajmal dan pemain bernombor 24 yang saya panggil Pirlo atau nama sebenarnya Aidil Azuan. Ini adalah hasil gandingan pemain muda, senior dan juga import,” tambah Abu Bakar lagi.

Mukhairi Ajmal dan Aidil Azuan adalah antara pemain yang telah meraih gelaran naib juara Kejohanan AFF B-19 yang berlangsung di Vietnam tempohari – tewas 0-1 kepada Australia di pentas final.

Bercakap pula mengenai perlawanan menentang Kedah selepas ini di peringkat suku akhir, Abu Bakar mahu mengelak pasukannya daripada dibolosi lawan dan mereka menghormati keupayaan lawan mereka itu yang memiliki pemain-pemain yang bagus.

“Seperti kita tahu, Kedah adalah pasukan yang berada di tahap lain. Bukan pasukan kelab seperti PJ City, ia pasukan yang lengkap dan mempunyai penyokong yang cukup kuat di belakang pasukan.

“Mereka juara Piala FA dan sekali lagi kita terpilih untuk berdepan pasukan negeri. Ia satu penghormatan untuk PKNP untuk cuba memberi saingan (bagi) melihat sejauh mana kita boleh mendekati atau membuat kejutan,” jelas pengendali berusia 48 tahun itu.

“Paling penting untuk kami di sini, kami tidak boleh bolos. Bukan bermakna kita hanya bermain bertahan, tetapi kita perlu untuk mengekalkan momentum kemenangan dan menjaringkan gol.

“Kita akan hadapi kesukaran jika dibolosi atau kita tewas kerana bermain di Kedah nanti bukannya mudah,” tambahnya lagi sambil menyatakan PKNP FC ada sejarah hitam di Darul Aman.

PKNP FC akan melayan kunjungan Kedah di Stadium MP Manjung pada malam esok untuk aksi suku akhir pertama Piala Malaysia.

Kredit Featured Image: PKNP FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN