Piala Malaysia 2019: Aidil Berahsia Kesebelasan Utama Untuk Perlawanan Akhir

Berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT), pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak berkata skuad Helang Merah akan cuba beri tentangan sengit disamping mahu menikmati suasana pentas akhir kali ini.

Ini merupakan pentas akhir kedua buatnya dan Kedah pada tahun ini selepas menjulang Piala FA pada Julai lalu.

Bercakap kepada pemberita dalam sidang media pra perlawanan pada hari ini beliau bekata apa yang penting ialah pemain tidak melihat kepada rekod dan apa yang paling penting ialah perlawanan esok.

“Bola sepak sememangnya memerlukan nasib. Nasib adalah sebahagian daripada bola sepak. Kami tidak melihat kepada perkara yang telah berlalu atau sejarah [pertemuan], perkara terpenting ialah esok,” kata Aidil.

“Kami mempunyai pemikiran dan mentaliti yang sama untuk memberikan yang terbaik dan memberikan 100%.

“Perlawanan akhir [Piala Malaysia] ini lebih sukar. Ini pasukan yang berbeza [berbanding Piala FA], pasukan yang lebih baik dan kami mempunyai tempoh yang pendek untuk melakukan persiapan dalam tempoh lima hari.”

Menyedari pasukannya kehilangan dua pemain utama, Aidil juga tidak kisah dilabel sebagai pasukan bukan pilihan, dan mahu barisan pemainnya bermain tanpa tekanan.

Namun demikian mengenai kekosongan posisi yang ditinggalkan oleh Renan Alves dan Rizal Ghazali akibat pergantungan, Aidil berkata beliau tidak akan mendedahkan barisan kesebelasan utamanya sehingga ke hari perlawanan.

Ini kerana Aidil percaya mana-mana pemain yang diturunkan akan dahagakan kemenangan.

Bagi kapten pasukan, siapa pun yang akan diturunkan untuk menghadapi JDT pada malam esok, semua pemain harus memberikan aksi terbaik.

“Perlawanan pada malam esok pasti sengit. Saya sendiri harus bekerja keras. Paling penting kami perlu mempunyai semangat juang yang tinggi pada malam esok,” ujar beliau.

Anda boleh mendebar sidang media penuh tersebut seperti di bawah:

SIDANG MEDIA PRA-PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2019

Sidang Media Pra-Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019, Kedah lwn Johor Darul Ta’zim (JDT).

#PialaMalaysia2019

Posted by Malaysian Football League on Friday, November 1, 2019

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN