Piala Malaysia 2018: Melaka United Gagal Tempah Tiket Ke Suku Akhir

Kerjasama Semuanya BOLA

Cabaran Melaka United dalam saingan Piala Malaysia akan berakhir selepas perlawanan keenam peringkat kumpulan apabila mereka tewas kepada PKNS FC, 1-2 dalam saingan Kumpulan B di Stadium Shah Alam malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan PKNS FC mengumpul 10 mata selepas lima perlawanan mengiringi FELDA United ke peringkat suku akhir yang akan bermula pada bulan September depan.

#unifiPialaMalaysia PKNS FC mengesahkan laluan ke suku akhir setelah menang tipis 2-1 ke atas Melaka di Shah Alam hasil jaringan Romel Morales dan Rafael Ramazotti.#TheRedAnts #FightAll #FearNone

Posted by PKNS FC on Saturday, September 1, 2018

Dalam perlawanan itu, skuad PKNS FC yang dibimbing oleh jurulatih berpengalaman, Datuk K. Rajagopal mempamerkan penguasaan pada babak pertama dengan melancarkan beberapa percubaan bahaya.

Pemain import tuan rumah Romel Oswaldo yang terlepas peluang terbaik pada minit ke-19 berjaya menebus kegagalan empat minit kemudian dengan meledak gol pertama.

Satu-satunya peluang terbaik yang dihasilkan oleh Melaka United hadir di minit ke-38 namun penyerang Ifedayo Olusegun gagal menyudahkan hantaran lintang R Gopinathan.

Pasukan pelawat kemudian bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-54 apabila pemain sayap Syahrul Azwari Ibrahim tenang menewaskan penjaga gol PKNS Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin.

Namun penyerang import tinggi lampai Rafael Ramazotti memastikan PKNS mendahului 2-1 dengan menanduk masuk bola sepakan penjuru Khyril Muhymeen Zambri pada minit ke-66.

Anak buah E Elavarasan cuba mencari gol penyamaan namun pasukan tuan rumah ampuh bertahan sehingga wisel penamat dibunyikan. – BH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply