Piala Malaysia: 2 ‘Tembakan’ Manuel Ott Rebahkan Kedah Di Alor Setar

Manuel Ott Melaka United Kedah Piala Malaysia 2021

Perancang tengah, Manuel Ott menafikan pemburuan tiga mata kedua Kedah Darul Aman FC apabila meledak dua gol untuk membantu Melaka United menundukkan lawan mereka itu dengan keputusan 3-1.

Manuel Ott dilihat bebas bermain di tengah tanpa kawalan ketat oleh pemain-pemain Kedah dan dua golnya itu telah membantu Melaka United untuk meraih kemenangan kedua mereka di Piala Malaysia 2021.

Kedah dilihat turun dengan hanya satu perubahan iaitu kemasukkan semula Rabih Ataya dalam kesebelasan utama menggantikan Aiman Afif yang diturunkan dalam aksi pertama menentang Kelantan United.

Untuk skuad Hang Tuah, mereka turun dengan beberapa perubahan dengan kemasukkan Giovane dos Santos dan Razman Roslan dalam kesebelasan utama yang dilihat berjaya memberikan aksi yang baik.

Penyerang, Kpah Sherman membuka jaringan menerusi ledakan deras di depan gawang selepas menerima hantaran kedua Kipre Tchetche di sebelah kanan apabila hantaran pertamanya digagalkan benteng.

Melaka United cuba bangkit untuk mengikat kedudukan dengan mencatur beberapa asakan, namun benteng tuan rumah dilihat kental bertahan. Adakalanya mereka terlepas kawalan seperti percubaan Adriano yang diselamatkan Ifwat Akmal. Asakan Melaka United menjurus kepada pergerakan Sony Norde di sebelah kiri.

Akhirnya di minit ke-23, skuad Hang Tuah berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Sony Norde.

Giovane dos Santos melepaskan hantaran lolos di antara dua benteng, Renan Alves dan Rizal Ghazali telah menemui Sony Norde yang membuat larian seterusnya merembat menewaskan Ifwat Akmal di gawang.

Menariknya dalam aksi babak pertama, Melaka United jelas menguasai jumlah asakan ke benteng lawan dengan Kedah dilihat agak pasif dan jarang berjaya mencatur asakan apabila ia dipatahkan di tengah.

Minit ke-38, Manuel Ott meledak jaringan kedua pelawat menerusi pergerakan menariknya bersama Adriano yang menerima hantaran lambung S.Kumaahran. Rembatannya berjaya melewati tiga benteng dan penjaga gol untuk Melaka United telah mendahului perlawanan di babak pertama dengan kedudukan 2-1.

Di awal babak kedua, di minit ke-52, Manuel Ott sekali lagi menambah jurang gol buat pasukan pelawat.

Bermula dengan hantaran oleh Giovane dos Santos di tengah, Manuel Ott yang tidak dikawal mana-mana pemain melepaskan rembatan deras dari jarak lebih kurang 30 meter menewaskan Ifwat Akmal sekali lagi.

Kedah semakin tertekan dengan dilihat cuba bangkit mengatur asakan ke kubu lawan. Namun, mereka seringkali dikecewakan oleh kombinasi jentera serangan yang sentiasa berjaya dipatahkan oleh benteng lawan. Antara percubaan terbaik Kedah adalah tandukkan Kipre Tchetche yang diselamatkan Khairul Fahmi.

Gandingan Renan Alves dan Amirul Hisyam di bek tengah dilihat kurang menjadi selain tiada perlindungan buat mereka daripada barisan pemain tengah yang diterajui oleh Baddrol Bakhtiar dan Fadzrul Danel.

Minit ke-80, Renan Alves gagal menyudahkan peluang di depan gawang Melaka United apabila sepakan percuma yang diperolehi Kedah telah menemuinya, namun sambutannya kurang kemas dan tersasar. Dan empat minit kemudian, percubaan pemain gantian Fayadh Zulkifli berjaya dikeluarkan Khairul Fahmi.

Dengan kemenangan ini, Melaka United berjaya meraih tiga mata penuh kedua mereka dalam saingan Piala Malaysia 2021 dengan mendahului carta Kumpulan C, di depan Kedah yang kekurangan tiga mata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN