Piala FA: Skuad Muda Pilihan Arteta Bawa Arsenal Ke Suku Akhir

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menyifatkan pemain muda pilihan beliau untuk membarisi kesebelasan utama menentang Portsmouth sebagai ‘risiko yang berbaloi’ selepas menyaksikan barisan pemainnya melepasi cabaran Portsmouth di Fratton Park.

Dalam perlawanan yang diadakan pada pagi tadi, Arsenal berkunjung ke Fratton Park dan menewaskan kelab League One itu dengan jaringan 2-0.

Arteta menamakan enam pemain pada umur 20 tahun ke bawah di dalam kesebelasan utama yang mendominasi perlawanan, terutamanya pada babak kedua – untuk menewaskan Portsmouth yang belum tewas dalam 19 perlawanan di tempat sendiri setakat ini.

Pompey turut menampilkan aksi yang baik untuk mencabar Arsenal pada babak pertama perlawanan, namun ketinggalan oleh gol voli Sokratis Papastathopoulos hasil hantaran lintang Reiss Nelson hanya sebelum babak pertama berakhir.

Selepas itu giliran Eddie Nketiah menyumbat masuk bola dari jarak dekat, juga melalui satu lagi hantaran lintang oleh Nelson untuk memastikan Arsenal terus selesa di hadapan pada babak kedua perlawanan.

Satu-satunya percubaan tepat daripada Portsmouth adalah pada babak kedua melalui percubaan Ronan Curtis yang diselamatkan.

“Saya amat berbangga dengan mereka [pemain uda],” ujar Arteta kepada BBC Sport.

“Saya juga menikmati saat bekerja bersama mereka. Mereka layak mendapat peluang beraksi. Akan sentiasa ada risiko untuk itu, namun ia adalah risiko yang berbaloi.

“Perlawanan ini menampilkan atmosfera yang hebat, dan Portsmouth turut menyukarkan kami. Ada ketika ia menyukarkan kami, tetapi pemaun memberi respon dan mengawal perlwanan.

“Kami memperoleh dua gol dan mungkin boleh memperoleh lebih banyak gol dalam perlawaan ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN