Piala FA: Shrewsbury Hampir Malukan Liverpool

Shrewsbury hampir sahaja menyingkirkan Liverpool pada pusingan keempat Piala FA.

Pasukan League One itu ketinggalan awal di tangan Liverpool. Ini selepas Curtis Jones dengan kemas menerima bola di dalam kotak penalti dan merembat masuk melepasi penjaga gol.

Selepas gol itu, Liverpool agak bergelut untuk mencipta lebih banyak peluang gol. Malah, mereka beberapa kali diserang balas oleh Shrewsbury.

Liverpool berterima kasih kepada Adrian yang melakukan beberapa siri ‘save’ untuk menafikan percubaan pasukan lawan.

Pada separuh masa kedua, baru sahaja sepak mula perlawanan dimulakan, pemain Shrewsbury, Donald Love tertampan bola ke gawang sendiri.

Liverpool kemudiannya agak sambil lewa. Pasukan lawan mereka pula meningkatkan lagi intensiti permainan.

Pemain gantian Jason Cummings menjadi mimpi ngeri Liverpool. Beliau masuk dan dan menjaringkan 2 gol untuk pasukannya.

Gol pertama adalah menerusi penalti. Manakala gol kedua adalah hasil usaha beliau memperdaya Dejan Lovren dan kemudiannya menewaskan Adrian.

Klopp memasukkan Oxlade Chamberlain, Mohamed Salah dan Roberto Firmino.

Namun masih gagal untuk mengubah nasib Liverpool.

Perlawanan berkesudahan seri dua sama. Dan perlawanan ulangan akan dibawa ke Anfield selepas ini.

Bukan perlawanan ulangan yang diinginkan Klopp kerana mereka selepas ini ada judual yang padat.

Tamat perlawanan para penyokong Shrewsbury masuk ke dalam padang untuk meraikan kemenangan pasukan mereka dan mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan para pemain Liverpool.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN