Piala FA: Red Devils Mudah Atasi Tranmere, Protes Anti Glazer & Woodward Bergema

Manchetser United melepasi pusingan keempat Piala FA 2019/20 dengan mudah. Mereka membelasah Tranmere 6-0.

Perlawanan berlangsung di atas padang yang sangat teruk. Namun ia bukan alasan untuk Man United tidak melepasi lawan mereka itu yang sebelum ini mengejutkan finalis musim lalu, Watford.

Separuh masa pertama sahaja, Red Devils sudah mendahului 5 gol tanpa balas. Kapten Harry Maguire dan Diogo Dalot menjaringkan gol sulung mereka untuk Man United.

Sementara itu, Phil Jones pula menjaringkan gol pertama beliau sejak Mac 2014, ketika itu di bawah kendalian David Moyes.

Jesse Lingard dan Anthony Martial masing-masing menjaringkan satu gol pada separuh masa pertama.

Satu lagi gol United hadir pada separuh masa kedua, menerusi Mason Greenwood. Pemain remaja itu menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-56.

Walaupun pasukan mereka menang besar dan membunuh perlawanan ini seawal 20 minit pertama lagi, para penyokong Man United tetap melancarkan protes.

Seramai 2,000 penyokong Manchester United berkunjung ke Tranmere dan mereka dengan vokal melakukan protes ke atas keluarga Glazer dan Ed Woodward.

Penyokong United menyanyikan beberapa lagu protes dan juga berkata: “We’re Man Utd, we’ll sing what we want [Kami adalah Man United, kami akan nyanyikan apa sahaja kami mahu].”

Penyokong Manchester United kecewa dengan Glazer yang tidak melabur lebih banyak dalam pasukan bagi menguatkan lagi Manchester United.

Seterusnya dalam jendela perpindahan kali ini, mereka sudah terlepas Erling Braut Haaland. Dan kini masih belum dapat memeterai perjanjian Bruno Fernandes.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN