Piala FA: Nidzam Jamil Bangga Semangat Juang Dipamerkan Anak Buah

Nidzam

Meskipun perjalanan Felda United dalam Shopee Piala FA 2019 berakhir di peringkat separuh akhir, ketua jurulatih, Nidzam Jamil begitu berbangga dengan semangat juang yang dipamerkan anak buahnya.

Felda United yang tewas 0-1 pada aksi pertama di Alor Setar mempamerkan kebangkitan malam tadi selepas ketinggalan dua jaringan untuk mencatatkan kemenangan 3-2.

Bagaimanapun ia masih belum cukup untuk menghalang kemaraan Kedah ke perlawanan akhir berdasarkan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Sehubungan dengan itu menurut sumber BH Online, Nidzam memuji para pemainnya apabila berjaya membuatkan Kedah tertekan pada babak kedua dan juga mampu membawa Felda United ke peringkat separuh akhir.

“Pasukan ini mempunyai masa depan yang baik dan kita sudah membuktikan dengan barisan pemain muda yang kita miliki, kita mampu sampai ke tahap ini (separuh akhir Piala FA),” kata Nidzam.

“Memang mereka (Kedah) beraksi agak baik sepanjang separuh masa pertama dan kita berjaya menyerap asakan serta bangkit pada babak kedua.”

“Saya berbangga dan tidak boleh mengharapkan lebih lagi daripada mereka. Kita berjaya meletakkan Kedah dalam keadaan cemas pada babak kedua.

“Ini pengalaman separuh final Piala FA yang pertama kami…dengan dibarisi majoriti pemain muda, saya percaya Felda United mampu pergi lebih jauh pada masa hadapan,” ujar Nidzam.

Felda United kini perlu berpijak di bumi yang nyata apabila mereka mempunyai satu lagi misi untuk menjauhi zon penyingkiran selepas menduduki tangga terbawah Liga Super Malaysia dengan mengumpul 12 mata setakat ini.

Felda akan berdepan Selangor, Kuala Lumpur, PKNP FC, Pahang dan Kedah pada lima aksi baki saingan Liga Super.

Kredit foto: Felda United FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN