Piala FA 2020: Senarai Lengkap Undian Pusingan Pertama

Piala FA 2020

Undian pusingan pertama Piala FA 2020 membabitkan 24 pasukan yang berlangsung hari ini menyaksikan pertembungan lebih menarik bakal disajikan bagi memburu 12 slot ke pusingan kedua.

Dalam 12 perlawanan yang akan berlangsung pada 22 dan 23 Februari ini, perlawanan membabitkan antara dua pasukan Liga M3, Harini KS FC dan Northern Lions Football Club (NLFC)- MAHSA dijangka akan mencuri perhatian.

Harini KS FC yang menang 5-2 ke atas Kuala Perlis FC membariskan ramai pemain berpengalaman seperti Azidan Sarudin, Abdul Manaf Mamat dan Muhd. Fakrurazi Musa akan menerima kunjungan pasukan yang diketuai pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Faiz Subri.

Skuad NLFC- MAHSA yang dikendalikan Azamri Zali mara selepas mengatasi juara Piala Terengganu Amateur League (TAL), Kerteh FC, 2-0 di Stadium Mak Chili, Kemaman.

Ujar ketua jurulatih Harini KS FC, Momcilovic Duaan Hrvatsko, dia tidak begitu mengenali pasukan lawan sebaliknya mahu memfokuskan kepada persiapan sendiri.

“Jujurnya saya tidak tahu sangat mengenai pasukan lawan, NLFC – MAHSA tetapi saya tidak mahu fikirkan perkara itu kerana yang penting adalah pasukan kami sendiri.

“Untuk saya, Piala FA 2020 ini sebagai bonus jika mampu pergi jauh kerana yang penting adalah untuk fokus kepada Liga M3 agar kami dapat layak ke Liga Premier musim depan”, katanya.

Pertembungan KT Rovers dan Thai Selangor FC juga dijangka menarik dengan pasukan dari Kuala Terengganu itu telah melaungkan amaran awal pada pusingan kelayakan apabila menang 4-0 ke atas Ultimate FC.

Thai Selangor FC yang mendapat bye pada pusingan kelayakan sebelum ini merupakan semi finalis play off ke Liga M3 dan merupakan juara Liga Komuniti Puchong.

Sarawak yang meraih banyak perhatian selepas menang besar 6-1 ke atas Red Spade FC diundi dengan Real Chukai FC yang sebelum ini mengejutkan pasukan dikendalikan Mat Zan Mat Aris iaitu Melawati FC dengan kemenangan 1-0.

Manakala KL Rovers yang dilihat mampu mara jauh dalam saingan kali ini ekoran membariskan ramai pemain berpengalaman akan berdepan pasukan dari Liga M4, Southern FC.

Menurut ketua jurulatih KL Rovers, Nazrul Erwan Makmur, dia tidak mahu memperkecilkan keupayaan Southern FC selepas mengejutkan Manjung City FC di pentas pusingan kelayakan.

“Saya pernah tengok Southern FC bermain sebelum ini tetapi dekat laman sosial sahaja dan mereka sebenarnya mempunyai pemain-pemain berbakat juga walaupun mereka daripada Liga M4.

“Saya nak pasukan saya menjaringkan gol awal supaya kita dapat beri tekanan kepada lawan dan perlu pastikan kami mampu mengawal perlawanan terlebih dahulu.

“Yang penting, bahagian pertahanan dan serangan banyak perlu diperbaiki kerana saya dapat lihat anak buah agak bergelut untuk bertahan ketika aksi kelayakan tempoh hari,” katanya.

Lain-lain perlawanan ialah Protap FC yang akan bertemu Norfarhan FC dari TAL adalah pasukan yang dimiliki bekas pemain Kelantan dan Terengganu, Norfarhan Muhammad.

Satu lagi wakil TAL, Markless ST berdepan rintangan sukar apabila akan diundi bertemu Melaka United FC manakala Armed Forces FC menjadi tuan rumah kepada SA United FC.

Juara penentuan play off ke Liga M3, KSR Sains akan berentap dengan Nossa Bukit Jelutong FC sementara Langkawi City FC bakal bertembung dengan Gamestop FC.

Apa yang pasti, tiga slot untuk pasukan M4 sudah terjamin apabila berlaku pertembungan sesama sendiri membabitkan Staroba FC dan Imigresen FC, Tun Razak City FC dan Kuatagh FC serta SSFC bertemu Kickers FC.

Kredit foto: Malaysian Football League

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN