Piala FA 2020/21: Aston Villa Bakal Turunkan Skuad B-23 Hadapi Liverpool

Aston Villa Liverpool

Kenaikan mendadak kes COVID-19 di kem Aston Villa menyaksikan kelab tersebut hanya akan menurunkan barisan pemain skuad bawah 23 (B-23) bagi menghadapi tentangan Liverpool dalam saingan Piala FA 2020/21 di Villa Park, awal pagi esok.

Susulan dengan keadaan semasa, perlawanan pusingan ketiga itu menyaksikan pemain muda Aston Villa dan beberapa pemain dari akademi yang bebas daripada wabak tersebut akan membawa cabaran pasukan tuan rumah. Mereka akan dibimbing oleh ketua jurulatih skuad B-23,  Mark Delaney.

Beberapa pemain skuad utama dan barisan kejurulatihan yang disahkan positif nyata mencetus kebimbangan wabak ini akan semakin berleluasa sehingga menyebabkan Pusat Latihan Bodymoor Heath terpaksa diarahkan tutup.

Perkembangan terkini berhubung penutupan pusat latihan itu telah disahkan menerusi kenyataan yang dikeluarkan laman sesawang rasmi Aston Villa.

”Aston Villa mengesahkan bahawa kelab ini telah menutup Kompleks Latihan Bodymoor Heath setelah kenaikan kes virus Corona yang cukup mendadak.”

”Ramai pemain utama dan barisan kejurulatihan disahkan positif setelah melakukan pemeriksaan rutin pada hari Isnin lalu dan mereka pada ketika ini sedang menjalani proses pengasingan.”

”Ujian kali kedua terus dilakukan dan lebih banyak kes positif dicatatkan hari ini [semalam].”

”Latihan pasukan utama untuk pertandingan Piala Fa bagi menghadapi Liverpool juga dibatalkan. Perbincangan sedang dilakukan antara wakil media kelab, FA dan juga juara Liga Perdana Inggeris itu.”

Wabak ini juga telah menyaksikan perlawanan Aston Villa bertemu Newcastle United yang sepatutnya diadakan di St James’ Park  pada 1 Disember lalu terpaksa ditunda.

Kredit featured image: Aston Villa Official Website

Baca artikel lain dari kami mengenai Aston Villa:

EPL 2020/21: Aston Villa Mengamuk Bikin Liverpool Terkedu

Sadio Mane Tersisih Untuk Skuad Liverpool Berdepan Aston Villa

RASMI: Ross Barkley Dipinjamkan Ke Aston Villa

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply