Rusia 2018: Peraturan FIFA Jika Pasukan Terikat Mata Dan Perbezaan Jaringan

Pusingan ketiga, juga merupakan perlawanan terakhir untuk 32 pasukan yang bertanding di Piala Dunia 2018 di Rusia sedang rancak berlangsung.

Russia, Uruguay, Spain, Portugal, France, Croatia, Belgium, England, Spain, Portugal, Denmark, Argentina sudah melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Manakala Mesir, Arab Saudi, Iran Maghribi, Peru, Costa Rica, Tunisia, Panama, Poland, Iran, Australia, Nigeria dan Iceland sudah tersingkir daripada saingan tertinggi pentas bola sepak dunia ini.

Kami mendapat soalan daripada pembaca kami. Bagaimana FIFA ataupun penganjur Piala Dunia 2018 menentukan siapakah yang layak ke peringkat seterusnya, jika terdapat lebih dari satu pasukan terikat mata dan jumlah perbezaan jaringan.

(Photo credit should read YURI CORTEZ/AFP/Getty Images)

Tatkala saingan di Kumpulan A sehingga Kumpulan D, semuanya berjalan lancar dengan perbezaan mata dan perbezaan jaringan ketara dijadikan kayu pengukur, saingan di Kumpulan E dan seterusnya mungkin memerlukan lebih dari jumlah mata terkumpul dan perbezaan jaringan untuk menentukan dua pasukan teratas yang akan mara ke pusingan seterusnya.

Kaedah dan peraturan FIFA

Sebelum itu, mari kita melihat kepada peraturan yang ditetapkan oleh FIFA.

Badan induk bolas sepak dunia ini menetapkan sehingga 7 perkara (mengikut turutan) untuk menentukan pasukan terbaik yang akan mara ke pusingan seterusnya.

(Photo by Ronald Martinez/Getty Images)

Selain daripada jumlah mata terkumpul, FIFA turut menggunakan 7 indikasi lain iaitu: perbezaan jaringan, jaringan terbanyak, rekod pertemuan dua pasukan, rekod jaringan dua pasukan, perbezaan jaringan dua pasukan, kiraan mata fair play, proses undian oleh penganjur.

Kami rumuskan perkara tersebut melalui senario dan kemungkinan yang telah dan juga mempunyai potensi berlaku di kalangan 8 kumpulan di Piala Dunia kali ini.

Senario 1: Jumlah mata sama 

Jumlah mata tertinggi akan menentukan kedudukan akhir pasukan di setiap kumpulan.

Ini diikuti oleh perbezaan jaringan, jika terdapat lebih daripada dua pasukan mengumpul jumlah mata yang sama.

Dua kaedah di atas tidak rumit untuk difahami, dan sudah menjadi amalan biasa di dalam mana-mana kejohanan di bawah FIFA. Bagaimana jika dua pasukan memiliki mata yang sama? Perhatikan senario di bawah.

Sumber: FIFA

Saingan di dalam Kumpulan E melibatkan pasukan Brazil, Serbia, Switzerland dan Costa Rica mempunyai potensi untuk berada di dalam situasi ini jika dua perlawanan membabitkan kempat-empat pasukan berakhir dengan seri.

Juara dan naib juara kumpulan akan ditentukan melalui jumlah perbezaan gol terlebih dahulu, walaupun terikat jumlah mata.

Senario 2: Kutipan mata dan perbezaan jaringan sama

Senario ini terjadi dan boleh dilihat di dalam Kumpulan B yang sudah menamatkan saingan di peringkat kumpulan.

Sepanyol dan Portugal masing-masing telah mengumpul mata yang sama, dan turut memiliki perbezaan jaringan sebanyak 1.

Sumber: FIFA

Di dalam situasi begini, jumlah jaringan akan diambil kira. Sepanyol menjaringkan 6 gol, manakala Portugal menjaringkan 5 gol. Ini bermakna Sepanyol mempunyai kelebihan daripada jumlah jaringan.

Ini menjelaskan bagaimana Sepanyol diangkat sebagai juara Kumpulan B walaupun memiliki mata dan perbezaan jaringan yang sama dengan Portugal.

Senario 3: Mata, perbezaan gol, jumlah jaringan sama

Bagaimana pula jika terdapat dua pasukan yang memiliki jumlah mata, perbezaan jaringan dan jumlah jaringan yang sama?

Mari kita melihat ke dalam saingan Kumpulan F. Dua perlawanan berlangsung pada malam ini melibatkan pertemuan Mexico dan Sweden serta Jerman menentang Korea Selatan.

Jika Jerman dan Sweden merekodkan kemenangan dengan jumlah jaringan yang sama, 3 pasukan akan sama-sama mengumpul 6 mata terkumpul dalam kumpulan ini.

Mexico masih boleh tersingkir jika gagal mengutip sekurang-kurangnya 1 mata dalam perlawanan ini. Kiraan kedudukan di antara Sweden dan Jerman juga dilihat rumit, dengan kedua-dua pasukan memiliki perbezaan gol dan jumlah jaringan yang sama.

Sumber: FIFA

Ini bermakna jika Sweden dan Jerman masing-masing menang pada malam ini, kedudukan akhir kedua-dua pasukan akan ditentukan oleh rekod pertemuan.

Jerman menewaskan Sweden 2-1, yang memberi kelebihan kepada skuad Joachim Low untuk berada di kedudukan teratas kumpulan sekiranya situasi ini berlaku.

Sweden akan muncul sebagai naib juara, dan Mexico akan tersingkir kerana perbezaan jaringan.

Senario 4: Semua pun sama, jadi bagaimana?

Saingan di dalam Kumpulan G turut mencuri tumpuan apabila Belgium dan England sama-sama telah mengumpul 6 mata, menjaringakan sejumlah 8 gol dan turut sama dibolosi 2 kali.

Kedua-dua pasukan akan bertemu pada awal pagi Jumaat akan datang untuk menentukan siapa yang lebih layak bergelar juara kumpulan, tatkala Panama dan Tunisia sudah pun tersingkir.

Sumber: FIFA

Di dalam situasi ini, ia akan menjadi tanda tanya sekiranya Belgium dan England memperolehi keputusan seri.

Di dalam situasi ini, juara dan naib juara kumpulan akan ditentukan melalui kaedah mata fair play.

Sistem mata fair play menggunakan kaedah kiraan:
Kad kuning: -1
Kad merah kerana dua kad kuning: -3
Kad merah terus: -4
Kad kuning dan kad merah terus: -5

Sumber: FIFA

Buat masa ini, England mempunyai kelebihan kerana hanya menerima layangan 2 kad kuning, berbanding 3 yang dikumpulkan oleh Belgium selepas dua perlawanan.

Situasi yang sama bakal terjadi di Kumpulan H sekiranya Jepun dan Senegal masing-masing mencatatkan keputusan seri atau menang dengan jumlah jaringan yang sama.

Rumusan

Kami mengharapkan 4 senario di atas mampu menjawab persoalan di kalangan pembaca kami.

Jika anda memiliki soalan tambahan, anda boleh kemukakan di ruangan komen. Penulis kami akan cuba memberikan jawapan untuk anda.

Teruskan mengikuti kami untuk liputan terkini Piala Dunia 2018!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN