Piala Dunia Belia 2019: Argentina Hadapi Saingan Portugal di Peringkat Kumpulan

Piala Dunia Belia 2019 sudah melangsungkan sesi undian. Kali ini, Poland diberikan mandat selaku tuan rumah.

Juara bertahan, England gagal mara untuk mempertahankan kejuaraan pada kejohanan sebelum ini. Tetapi, Argentina menjadi tumpuan setelah pernah merangkul 6 kejuaraann dalam pertandingan edisi sebelumnya.

Format kekal

Format 24 pasukan ini dikekalkan sekali lagi. Setiap kumpulan akan disertai oleh 4 pasukan.

Ini bermakna selain juara dan naib juara kumpulan, 4 pasukan tempat ketiga terbaik akan mara.

Menariknya, tiada pasukan membuat penampilan sulung untuk edisi di Poland kali ini.

Cabaran juara lalu
Juara Piala Dunia Belia 1991,Portugal. Sumber: FIFA

Argentina telah diundi dalam Kumpulan F bersama Portugal. Portugal pernah memenangi kejohanan ini sebanyak dua kali iaitu pada 1989 dan 1991.

Selain itu, mereka diundi bersama Korea Selatan dan Afrika Selatan.

Perancis, juara 2013 diletakkan bersama Panama, Mali dan Arab Saudi dalam Kumpulan F. Cuma 3 mantan juara yang layak untuk kejohanan pada tahun ini.

Undian penuh

Kumpulan A: Poland, Colombia, Tahiti, Senegal
Kumpulan B: Mexico, Itali, Jepun, Ecuador
Kumpulan C: Honduras, New Zealand, Uruguay, Norway
Kumpulan D: Qatar, Nigeria, Ukraine, Amerika Syarikat
Kumpulan E: Panama, Mali, Perancis, Arab Saudi
Kumpulan F: Portugal, Korea Selatan, Argentina, Afrika Selatan

Stadion Widzewa,Poland.Sumber: StadiumDB.com

6 stadium akan digunakan dalam kejohanan ini. Tetapi, tiada satu pun stadium yang digunakan semasa EURO2012 akan menganjurkan perlawanan bagi Piala Dunia Belia 2019.

Perlawanan pembukaan dan akhir akan dilangsungkan di Stadion Widzewa. Kejohanan ini diadakan dari 23 Mei hingga 15 Jun.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN