Tandukan Varane & Kesilapan Muslera Hadiahkan Tempat Di Separuh Akhir Untuk Perancis

Uruguay dan Perancis bertemu dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia 2018 untuk memburu tempat ke separuh akhir menentang sama ada Brazil atau Belgium.

15 minit yang pertama menyaksikan kedua-dua pasukan memulakan permainan dengan saling berbalas gerakan untuk mengancam kubu lawan masing-masing.

Selepas tempoh 15 minit itu, perlawanan berlangsung sedikit perlahan dari segi tempo.

Perancis berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-40 selepas hantaran dari sepakan percuma Antoine Griezmann disudahkan dengan tandukan kilas oleh Raphael Varane.

NIZHNY NOVGOROD, RUSSIA – JULY 06: Raphael Varane of France celebrates after scoring his team’s first goal during the 2018 FIFA World Cup Russia Quarter Final match between Uruguay and France at Nizhny Novgorod Stadium on July 6, 2018 in Nizhny Novgorod, Russia. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Beberapa minit kemudian, Uruguay memperoleh peluang keemasan dari situasi sepakan percuma juga namun tandukan tajam Martin Caceres ditepis keluar Hugo Lloris.

Diego Godin selepas itu gagal menyempurnakan tindakan susulan.

Di separuh masa kedua, Perancis hampir saja menambah jaringan kedua di awal permainan menerusi Griezmann.

Beliau hampir saja mengekplotasi tindakan lewat Fernando Muslera untuk melakukan hantaran apabila berjaya menguasai bola dari penjaga gol itu.

Namun sayang sekali sentuhan beliau terkena tiang dan keluar untuk sepakan gol.

Pada minit ke-61, kesilapan Muslera akhirnya berjaya memberikan gol kepada Griezmann.

Rembatan dari luar kotak oleh Griezmann gagal ditepis kemas oleh Muslera dan ianya memberikan gol kedua untuk Perancis.

NIZHNY NOVGOROD, RUSSIA – JULY 06: Fernando Muslera of Uruguay fumbles the ball as Antoine Griezmann of France scores his team’s second goal during the 2018 FIFA World Cup Russia Quarter Final match between Uruguay and France at Nizhny Novgorod Stadium on July 6, 2018 in Nizhny Novgorod, Russia. (Photo by Alexander Hassenstein/Getty Images) *** Local Caption *** Fernando Muslera

Kontroversi berlaku pada minit ke-67 apabila Kylian Mbappe menjatuhkan diri di belakang Christian Rodriguez.

Godin yang menganggap pemain itu melakukan simulasi kemudian memaksa pemain itu untuk bangun segara dan terdapat sedikit kekecohan melibatkan pemain Uruguay dan Perancis.

Terdapat insiden susulan apabila Nahitan Nandez bertekak lidah pula dengan Paul Pogba.

Pengadil kemudiannya hanya memberikan kad kuning kepada Rodriguez dan juga Mbappe.

NIZHNY NOVGOROD, RUSSIA – JULY 06: Uruguay and France players clash during the 2018 FIFA World Cup Russia Quarter Final match between Uruguay and France at Nizhny Novgorod Stadium on July 6, 2018 in Nizhny Novgorod, Russia. (Photo by Richard Heathcote/Getty Images)

Secara keseluruhannya, Perancis jelas merupakan pasukan yang lebih bijak dalam melakukan keputusan mereka.

Mereka berjaya menghadkan percubaan tepat Uruguay kepada 1 percubaan sahaja.

Sementara bagi Uruguay, mereka jelas terasa dengan kehilangan Edinson Cavani yang mengalami kecederaan ketika menentang Portugal.

Keputusan penuh, Uruguay 0-2 Perancis.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN