Piala Carabao: Selepas Jumpa Mourinho, Lampard Jumpa Chelsea Lepas Ini

Kuat betul jodoh Frank Lampard dengan ‘Chelsea connection’.  Sebelum ini beliau berhadapan dengan skuad Jose Mourinho yang merupakan bekas bos beliau.

Lampard yang menguruskan Derby County, berjaya membantu pasukan itu mara ke pusingan ke-4 Piala Carabao selepas menyingkirkan Manchester United di Old Trafford.

Pada pusingan ke-4, Derby County diundi berhadapan dengan Chelsea. Ini bermakna pemain terbaik dalam sejarah kelab Chelsea, Frank Lampard akan kembali ke Stamford Bridge sebagai pengurus.

Lampard yang muncul dalam 648 kali untuk The Blues merupakan penjaring terbanyak dalam sejarah kelab dengan 211 gol.

Lampard gembira dengan undian ini. Beliau berkata:

“Ianya akan menjadi acara yang indah untuk saya namun perlawanan yang mencabar untuk para pemain kami.”

Selain daripada kepulangan Lampard ke Stamford Bridge, beberapa undian lain turut menarik perhatian.

Antaranya adalah derbi London melibatkan West Ham berhadapan dengan Tottenham Hotspur. West Ham kini baru mendapat rentak mereka.

Juara bertahan, Manchester City akan berhadapan dengan Fulham. Manakala Arsenal akan berhadapan dengan Blackpool.

Berikut adalah senarai undian penuh Piala Carabao pusingan ke-4:

Manchester City vs Fulham
Bournemouth vs Norwich City
Arsenal vs Blackpool
Leicester City vs Everton/Southampton
West Ham vs Tottenham
Middlesbrough vs Crystal Palace
Chelsea vs Derby County
Burton Albion vs Nottingham Forest

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN